OOO

Selasa, Mac 20, 2012

Asam Pedas Daging (Versi 2)



Kali ni akak masak asam pedas daging guna cara camni.  Guna rempah 4 sekawan, lada hidup dan serbuk kari.  Alhamdulliah anak-anak kata sedap.  Air asam, gula dan garam tu ikut suka masing-masing sebab ada yang suka masin, manis dan masam..kira ikut tekak sendirilah yer.
Bahan utama
1/2 kg daging -potong dan rebus

Bahan tumis
1 biji bawang besar-dihiris
Sedikit rempah tumis (Cengkeh, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis & Buah Pelaga)

Ditumbuk lumat/kisar halus
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 inci  belacan
1/2 inci halia
1/2 sudu teh lada hitam
1 cm kunyit hidup
4 biji lada hidup
4 sudu makan cili kisar 
2 biji buah keras
1/2 inci lengkuas
½ sudu serbuk kari

Bahan lain
2 btg serai -dititik hujungnya
air  asam jawa secukupnya
minyak-akak guna minyak jagung
Garam dan gula secukupnya
4-6 biji kacang bendi
daun limau purut, daun kesum-jika suka

 
Cara Memasak
  1. Bersihkan daging  dan potong kecil-kecil.
  2. Rebus sehingga empuk, keluarkan daging dan  jangan di buang air rebusan.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga naik bau kemudian barulah dimasukkan pula cili kisar.
  4. Biarkan cili masak, masukkan garam dan masak sehingga naik minyak dengan api sederhan kecil.
  5. Bila dah terbit minyak barulah dimasukkan air rebusan daging dan air asam jawa.
  6. Masukkan air daging biarkan mendidih dalam 10-15
    dengan menggunakan api perlahan.
  7. Barulah dimasukkan  bendi. Rasa asam dan garam barulah di padamkan api.
  8. Makan dengan nasi panas...terangkat wehhhhh

5 ulasan:

  1. as'salam Kak Ila amboi fv keluarga ni manu asam pedas...ada lebih dgg yg buat sup hari ni leh le buat..letak bindir mmg sdp

    BalasPadam
  2. perghh mmg kecur la kak ina >_< nk rasa masakan kak ina >_<

    BalasPadam
  3. Memang terus kecur liur...adeeehhh kak Ina!

    BalasPadam
  4. kak .. ni fav meal sha ni kak..heeeeeheeeee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers