OOO

Rabu, Jun 13, 2012

Mak Suruh Grill Apasal Goreng Ayam Lemon Honey Rosemary Ni?

Akak gi keluar beli barang bersama manager dan anak kecik beli barangan dapur kat giant hari Sabtu lepas.
Sebelum tu akak dah perap dah seekor ayam ..kononnya nak grill lemon rosemary honey chicken ni.  Suruh Ira goreng dengan sikit minyak zaitun dalam non stick pan sebab dia tak pandai nak grill dalam oven..ala kira cam panggang dalam kuali.

Hati senang sebab pagi tu dah buat nasi goreng..nanti bolehlah lunch dengan ayam lemon ni..tapi bila sampai umah..erhmm di gorengnya ayam rosemary ni cam goreng ayam biasa dengan alasan mak tak cakap betul-betul...dia perasan cam akak suruh goreng dalam minyak yang banyak.   Nasib baik sedap..kalau idak dah tentu Ira kena pot pet pot pet dengan akaklah jawabnya.

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam sederhana-potong 12
  • 1 biji lemon-ambil jus sahaja
  • 3 sudu makan rosemary-kali ni akak guna fresh rosemary
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 sudu makan madu
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam

  • kentang, dipotong dadu-kalau bakar buhlah ni semua yer
  • karot, dipotong ikut suka
  • bawang, dipotong baji
kali ni akak blend ajer semua..pastu curah kat atas ayam 
tapi kalau nak tau cara sebenar kat bawah ni yer
 Cara-caranya

1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah.
3.  Sebelum di bakar masukkan kentang, tomato dan bawang besar.
4. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.

18 ulasan:

  1. alamak,heheh
    xper ade rezeki nk mkn aym tu lagi

    BalasPadam
  2. kalau dah sedap goreng...nanti saya buat nak goreng je lah boleh?(saya malas lah ni)

    BalasPadam
  3. salam k. ina... camtu kalau liza buat goreng jer lah... ada beza tak kak goreng dgn grill?

    BalasPadam
  4. mualaikumsalam ezadlieza
    bezanya kalau grill..ayam tu berair sikitlah tapi kalau goreng ayam tu mcam kita goreng ayam biasalah..harap boleh membantu

    BalasPadam
  5. kak, kalo xde rosemary bleh ganti ngan apa ek? rosemary ni ada ke yg dah siap serbuk mcm herbs yg kt supermarket tu?

    BalasPadam
  6. boleh ajer Amira, ganti dengan rosemary kering yang ada di jual di giant, C4 ataupun cold storage..klu guna fresh lagi harum baunya

    BalasPadam
  7. terliur betul deno tengok ayam panggang ni :)

    BalasPadam
  8. saya suka yg goreng...hehehe :-)

    BalasPadam
  9. Salam.. Hi Kak Ina, apa khabar? Sedapnya tengok ayam goreng ni.. Walaupun rupa tak berapa ok, tapi kalau rasa sedap tentu habis licin ayam tu... :)

    BalasPadam
  10. kihkihkih nasib baek sedap eh kak.. kalo x stat dari A ke Z stat balik ke A pumpangpumpang yedak..lol

    lov tlg copy kak eh hehehe -..-

    BalasPadam
  11. untung akak sudah ada anak dara tolong di dapur. cuma perlu instruction lebih detail lain kali kan kak.

    BalasPadam
  12. hehehe...xper la, kalo dah ramuan tu sedap wat camana pun sedapp...hehehe...akak mmg terror la bab masak2 ni

    BalasPadam
  13. Terliur tengok ayam diatas. hehe :D

    BalasPadam
  14. nanti suruh daus je masak.. beliau kan masterchef.. hehehee

    BalasPadam
  15. mcm best jer...bila nih nak try masak resepi nih

    BalasPadam
  16. kalau akak tunjuk gambo seekor ayam tu mesti lagi menyelerakan..huhu..ni pun dah nampak sedap..laparr nyerr

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers