Akak gi keluar beli barang bersama manager dan anak kecik beli barangan dapur kat giant hari Sabtu lepas.
Sebelum tu akak dah perap dah seekor ayam ..kononnya nak grill lemon rosemary honey chicken ni. Suruh Ira goreng dengan sikit minyak zaitun dalam non stick pan sebab dia tak pandai nak grill dalam oven..ala kira cam panggang dalam kuali.
Hati senang sebab pagi tu dah buat nasi goreng..nanti bolehlah lunch dengan ayam lemon ni..tapi bila sampai umah..erhmm di gorengnya ayam rosemary ni cam goreng ayam biasa dengan alasan mak tak cakap betul-betul...dia perasan cam akak suruh goreng dalam minyak yang banyak. Nasib baik sedap..kalau idak dah tentu Ira kena pot pet pot pet dengan akaklah jawabnya.
Bahan-bahannya
- 1 ekor ayam sederhana-potong 12
- 1 biji lemon-ambil jus sahaja
- 3 sudu makan rosemary-kali ni akak guna fresh rosemary
- 3 ulas bawang putih
- 3-4 sudu makan madu
- 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada hitam
- kentang, dipotong dadu-kalau bakar buhlah ni semua yer
- karot, dipotong ikut suka
- bawang, dipotong baji
kali ni akak blend ajer semua..pastu curah kat atas ayam
tapi kalau nak tau cara sebenar kat bawah ni yer
Cara-caranya
1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah.
4. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.

alamak,heheh
BalasPadamxper ade rezeki nk mkn aym tu lagi
kalau dah sedap goreng...nanti saya buat nak goreng je lah boleh?(saya malas lah ni)
BalasPadamsedp
BalasPadamsalam k. ina... camtu kalau liza buat goreng jer lah... ada beza tak kak goreng dgn grill?
BalasPadammualaikumsalam ezadlieza
BalasPadambezanya kalau grill..ayam tu berair sikitlah tapi kalau goreng ayam tu mcam kita goreng ayam biasalah..harap boleh membantu
nampak sgt yummy!!!
BalasPadamkak, kalo xde rosemary bleh ganti ngan apa ek? rosemary ni ada ke yg dah siap serbuk mcm herbs yg kt supermarket tu?
BalasPadamboleh ajer Amira, ganti dengan rosemary kering yang ada di jual di giant, C4 ataupun cold storage..klu guna fresh lagi harum baunya
BalasPadamterliur betul deno tengok ayam panggang ni :)
BalasPadamsaya suka yg goreng...hehehe :-)
BalasPadamSalam.. Hi Kak Ina, apa khabar? Sedapnya tengok ayam goreng ni.. Walaupun rupa tak berapa ok, tapi kalau rasa sedap tentu habis licin ayam tu... :)
BalasPadamkihkihkih nasib baek sedap eh kak.. kalo x stat dari A ke Z stat balik ke A pumpangpumpang yedak..lol
BalasPadamlov tlg copy kak eh hehehe -..-
untung akak sudah ada anak dara tolong di dapur. cuma perlu instruction lebih detail lain kali kan kak.
BalasPadamhehehe...xper la, kalo dah ramuan tu sedap wat camana pun sedapp...hehehe...akak mmg terror la bab masak2 ni
BalasPadamTerliur tengok ayam diatas. hehe :D
BalasPadamnanti suruh daus je masak.. beliau kan masterchef.. hehehee
BalasPadammcm best jer...bila nih nak try masak resepi nih
BalasPadamkalau akak tunjuk gambo seekor ayam tu mesti lagi menyelerakan..huhu..ni pun dah nampak sedap..laparr nyerr
BalasPadam