lazada

Lazada Malaysia

Selasa, Januari 22, 2013

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers


Assalammualaikum...lambat update blog hari ni..hari ni gi sekolah anak di Rawang..ambil duit RM100.00 ..besok ambil untuk Imran pula.  Orang dah beri ..ambil ajerlah. 

Resepi ni resepi recycle..tak apalah kan..kali ni akak buat sos lada hitam..resepi ni  akak ambil dari teman masak memasak Hana dah banyak orang buat.  Memang sedap tau...cubalah kalau tak percaya.  


Bahan Utama
  • 1 ekor ayam (bersihkan luar dalam dan dikelar-kelar di badan ayam terutama yang banyak isi) - akak guna 4 ketui ayam bahagian peha camni
Bahan-bahan untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- akak guna gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran(mixed herbs-boleh beli kat kedai bakeri/giant/tesco/C4)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega (akak guna olive oil)

Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.  Seeloknya semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. 
  5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Akak bakar dalam suhu 200C. Dan akak balikkan ayam selepas 45 minit.
  6. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.  
  7. Bila dah masak akak guna api atas sahaja nak bagi garing sikit ayam ni...
  8. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
Sos Lada Hitam
Air lebihan ayam selepas di bakar
3 sudu besar sos lada hitam
sedikit kicap manis
2 sudu besar susu penuh krim
2 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
1 cawan air -ambil sedikit untuk di campur dengan tepung jagung
1 sudu teh tepung jagung

Caranya
Masukkan air lebihan kedalam periuk dan campur air.  Didihkan
Masukkan sos lada hitam, kicap manis, susu dan air (tinggal sikit nak buh tepung jagung)
Mendidihh masukkan serbuk lada hitam kasar  dan air bancuhan tepung jagung
Siap dan tuang atas ayam bakar

14 ulasan:

  1. Nampak sedap ni Kak Ina. Boleh try masak nanti. Saya memang minat ayam panggang.

    BalasPadam
  2. aduhai,bahagian ayam kesukaan tu kak

    BalasPadam
  3. orang memberi kita merasa, alhamdulillah. menggiurkan ayam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih tuan denaihati sudi memberi rezeki kepada saya..semuga bertambah murah rezeki tuan nanti...semuga tuan juga di berikan kesihatan yang baik

      Padam
  4. Resepi baru ni boleh nanti cuba n

    BalasPadam
  5. Dah boleh kalahkn kenny roges ni.. Sedapnya..

    BalasPadam
  6. Nampak lebih sedap, dan mesti lebih jimat kosnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memanglah jimat..tapi kenalah rajin izzat aziz

      Padam
  7. SALAM KAK INA . TERKEJUT PADA MULANYA BACA ADA PERKATAAN MAKE-UP

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ha JM Belog..tu stail empunya resepi..akak c & p ajerk

      Padam
  8. wahh in wajib bt ne.. sememangnya sy penggemar ayam..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers