Ahad, Januari 20, 2013

Yee Mee Goreng

Assalammualaikum

Baru balik dari pasar tani..hermm makanan basah seperti ikan, sotong dan udang dah tak dapat bawah RM10.00 lagi dah.  Mungkin bagi kita yang berkemampuan tak menjadi kudis tapi kepada yang berpendapatan rendah terasa kesian dengan anak-anak mereka yang mungkin payah nak menikmati lauk pauk ni.  

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ni..termasuk akak dan anak-anak..kalau teringan anak tekak nak makan ..boleh masak dan di hidangkan untuk keluarga tercinta.

Membebel pun tak guna ...

Selalu beli yee mee akak selalu masak szziling yee mee ..terasalah teramat bosannya nak buat..jadi akak pun buatlah yee mee goreng.  Resepi ni akak ambil dari blog cik manggis.  Oleh sebab sotong dan udang tak ada stok akak guna ayam ajerk..ikut resepi kat SINI.  Ala resepi ni kita boleh ubah sana sinun lah kan.. 

Bahan-bahannya
1 paket yee mee-rendam dgn air panas hingga kembang.Toskan.
4 ulas bawang putih-tumbuk/ketuk
4 biji cili kering-potong 3 - tak letak

2 sudu makan cili kisar - akak tambah
2 biji cili masak -potong bulat.
4 ekor sotong-potong kecik - ganti ayam
10 ekor udang

3 pokok sawi
1/2 batang carrot-potong kecil
1 cawan taugeh - tak letak
2 tbsp kicap pekat

2 tbsp sos cili
1 tbsp tepung jagung-bancuh dgn sedikit air - tak buat

2 tbsp sos tiram
1 tsp lada putih.
Garam secukup rasa.
gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
 

Cara-caranya:
  • Panaskan minyak.Tumiskan bawang putih.
  • Masukkan udang dan sotong (ayam).Gaul rata.
  • Kemudian masukkan cili kering,cili masak,garam,gula,sos tiram,kicap dan sos cili.
  • Masukkan Sawi dan Yee Mee. Gaul hingga rata baru masukkan taugeh. Letakkan sedikit air dan kacau hingga mesra.
  • Last sekali masukkan bancuhan tepung jagung.Biarkan diatas api sekejap sementara digaul-gaulkan hingga sekata.
  • Hidang bersama cili jeruk:) (akak buh cili hidup ajer)

6 ulasan:

  1. nampak sedap kak! belum pernah cuba lai buat yee mee goreng. tq for sharing... aada masa boleh cuba resepi nie.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakina...wah sedapnya kalau dpt mkn ptg2 ni...:)

    BalasPadam
  3. ni yg rasa nak pekena mee jer jap lagi nih

    BalasPadam
  4. suka sizling yee mee. Sedappp!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers