OOO

Ad

Ahad, Februari 17, 2013

Nasi Goreng Kampung Sedap



Assalammualaikum semua..pagi minggu memang ramai yang jarang minum pagi..terus brunch (breakfast/lunch) sekali gus.  

Akak pernah gak tepek resepi nasi goreng kampung kat blog ni..ada pengomen syorkan letak belacan..wah apa lagi akak pun cubalah buat..waduh tambah enak rasanya.

Bahan-bahan
  • 3 cawan nasi putih-sejukkan
  • 10-15  biji cili padi (kalau nak pedas tambahlah lagi yer)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar/5 biji bawang kecil
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 1 ikat kangkung -potong kecil
  • 1 biji telur
  • 3-4 sudu besar minyak masak 
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap cair
  • sedikit lada sulah
  • garam 
  • sedikit belacan
  • sedikit daun bawang di hiris halus

Cara-cara

  1. Tumbuk separuh ikan bilis bersama cili padi, belacan, garam, bawang putih dan bawang besar/kecil ..tumbuk lumat yer.  Separuh lagi di goreng garing
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan telur dan sedikit nasi..kacau sebati dan masukkan semua nasi.
  4. Gaul rata dan masukan pula sedikit sos tiram dan kicap cair.
  5. Masukkan kangkung dan  serbuk lada sulah kacau lagi sehingga nasi garing.
    Rasa dulu baru ..jika tawar masukkan sedikit garam...kalau ok terus tutup api.
  6. Taburkan ikan bilis goreng dan sedikit daun bawang

6 ulasan:

  1. saya buat tak sedap la kak, nk kena akak buatkan utk saya baru ada selera makan..hehehe...boleh kan !!

    BalasPadam
  2. Sedapnya nasi goreng kampung ni ^_^

    BalasPadam
  3. fuh...banyak bilis goreng tu, memang tambah sedap...

    BalasPadam
  4. feveret kami sekeluarga ni kak, letak ikan bilis byk2, lagik pedas, lagik beststttt

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers