OOO

Ad

Selasa, Mac 12, 2013

Pameran "Sultans of Science" Di Petrosains

Ingin menyelami erti sejarah dan sains?
Silalah berkunjung ke pameran pendidikan yang menampilkan ciptaan dan penemuan saintifik yang di lakukan oleh cendekiawan Muslim ketika kemuncak tamadun Islam.
Pameran ini telah telah berjaya menarik minat ramai pengunjung di seluruh dunia,  oleh itu kejayaan yang sama di harap turut di kecapi melalui pameran selama enam bulan di Malaysia.
 
 'Pameran Sultan of Science'  di Petrosains, The Discovery Centre  merupakan pengalaman yang unik bagi pengunjung kerana memberi pengertian yang mendalam tentang asas sains yang telah di temui oleh cendekiawan Muslim pada masa lalu.
 Replika Jam Air Gajah

Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim berkata, pameran ini bermatlamat  untuk meningkatkan daya pemahaman sains, di samping menggalakkan masyarakat untuk menghargai sains dan juga bagi meraikan sumbangan cendekiawan Muslim pada zaman kegemilangan Dunia Islam (700-1700SM) serta pengaruh penemuan yang memberi inspirasi terhadap ciptaan pada zaman moden. 

Sungguh menarik apabila mengetahui kebanyakan penemuan dan ciptaan terkenal yang di kaitkan dengan sainstis-sainstis Barat sebenarnya telah ditemui terlebih dahulu oleh cendekiawan Muslim.

Pameran Sultans of Science ini mempamerkan sembilan bidang utama Islam iaitu penemuan saintifik , matematik dan pelayaran, astronomi, perubatan, instrumen pembuatan, teknologi keseian dan ciptaan, optik, kejuruteraan, seni bina dan penerbangan.
merasai pengalaman terbang seperti burung..menarik bukan
 
Abbas Ibn Firnas, seorang pakar dalam pelbagai bidang dari Sepanyol adalah manusia pertama yang melakukan penerbangan pada 880SM dengan menggunakan peluncur yang di perbuat daripada buluh, fabrik dan pelepah burung helang. 

Sementara Hazarfen Ahmad Celebi pula merupakan seorang sainstis penerbangan berbangsa Turki yang berjaya melakukan penerbangan tanpa tenaga dengan stabil pada abad ke 17
mencuba kunci gabungan
Sudut Seni Geometri
Pameran yang amat menarik menekankan pelbagai tarikan penuh interaktif seperti pameran deria dan statik, permainan skrin sentuhan, permainan video dan poster informasi yang menarik.
 
 Pengunjung akan dapati banyak penemuan, 
 
sudut optik
pencapaian dan penciptaan tokoh-tokoh ilmuan Islam yang mengagumkan.
Sudut  Chemistry
 
  sudut peralatan astronomi pada zaman dahulu


Sedang Ralit Mendengar  Seruling Abadi
 
 Mesin wuduk yang mengeluarkan air pada jumlah 
dan sela masa yang tetap untuk berwuduk
 Horizon
Kanak-kanak boleh merasai pelbagai pengalaman yang unik
 
 Selain dari itu, pelbagai aktiviti sampingan turut di adakan 
seperti pertunjukan silap mata
 
 Straw Games
 
permainan sukat air
 
Spicy Perfume pula memberi maklumat tentang haruman yang diperbuat daripada rempah-ratus.

Sains dan sejarah memang berkaitan dan mempunyai kesan positif kepada masyarakat.  Inilah peluang terbaik untuk kanak-kanak, ibubapa dan guru untuk menambah ilmu serta menyelami sains dengan lebih mendalam.


Dibuka kepada orang ramai dan berlangsung dari Januari hingga Jun 2013.

Bayaran masuk dikenakan ialah RM20.00  bagi dewasa, RM15.00 untuk remaja 13 hingga 17 tahun, RM10.00 untuk kanak-kanak tiga hingga 12 tahun, manakala pakej keluarga merangkumi dua dewasa dan dua kanak-kanak berharga RM40. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-23318181 pada waktu pejabat atau pun layari www.petrosains.com.my/sultansofscience.

Marilah bersama mengenali Zaman Kegemilangan Tamadun Islan dengan lebih mendalam di Petrosains!


3 ulasan:

  1. Menariknya...sampai Jun eh Kak Ina? Nanti hubby balik fr business trip nk ajak pegi lah. Thanks for the info kak!:)

    BalasPadam
  2. syoknyaaa..... kalau dekat dneo pun nak pergi :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas maklumat. Teruja utk bawa anak2 didik ke sana.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers