Mak ..buatlah ayam yang ada tepung tu...
Anak kecik akak mintalah pulak...cari-cari punya kat google tertarik nak cuba resepi yang ni. Ayam goreng ala kfc akak buat sama dengan kentang putar..malam tu tak makan nasilah kami..makan yang ni ajer.
Kira oklah gak rasanya..dah semestinya tak 100% cam KFC sebab ada resepi rahsia kann....akak ambil resepi ini dari blog Zaliedana
Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa
Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulu
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa
Bahan Tambahan
1-2 biji telur - pukul sedikitMinyak secukupnya
Cara-cara
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam. Lagi lama lagi bagus.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng secara deep fry dalam minyak yang banyak sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
![](http://4.bp.blogspot.com/-UsbwF7Z61rs/ULLhlUxuTlI/AAAAAAAACTA/DNsSbQudxNc/s1600/sign.png)
Boleh cuba nanti ^_^ hee
BalasPadamNampak rangupnya...anak Ummi tentu suka... :D
BalasPadamlapor ler pulak ...rasa nak makan KFC ler....siap ada kentang putar lagi....
BalasPadamhttp://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/03/10-briged-para.html
wahh..rajin sungguh buat ye..
BalasPadamAs'salam kak Ina comel.
BalasPadamkak, walaupun tak serupa KFC ori kalau letak depan ct mahu berketul juga habisnya ayam tu kak hehehe
fuyo..
BalasPadamkalau smua buat sendiri mahu tutup kfc ni. huhuh
assalamualaikum kakina...suka la anak kecik akak tu kan...:)
BalasPadamjemput ke blog sy jgk..:)
BalasPadamhttp://vitamindelight.blogspot.com/
suka kentang putar... :)
BalasPadamterbaik la kak!
BalasPadamNampak ayam tu macam sedap je kak... Fuh.. Lapar terus
BalasPadam