OOO

Ad

Sabtu, Mei 04, 2013

Roti Wholemeal Kacang Walnut.

Assalammualaikum

Leganya rasa hati bila dapat balik ke rumah hari ini..al maklumlah bila duk kat dalam hospital sape suka kan.  Ashiklah teringat kat rumah ajer.

Bila doktor check darah barulah tau..ada penyakit itu dan ini..tapi alhamdulliah tak serius ..kena pantang makan itu dan ini.  Biasalah bila umur hampir masuk ke 50..an ada ajer penyakit yang akan singgah.
Baru keluar  dari oven
Salah satu yang pakar pemakanan syorkan agar makan roti wholemeal..elakkan roti putih.  Akak ambil resepi ni dari blog  Puan Manggis

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung roti
2 cawan tepung wholemeal
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar  butter
1 biji telur+air=1 cawan.
3 sudu teh yis segera
4 sudu makan yogurt
1 cawan kepingan  walnut
 
Cara-caranya:
  • Satukan gula,garam,air+telur ,yis dan yogurt dalam mangkuk pengadun/breadmaker. Kacau hingga rata.
  • Masukkan tepung dan uli hingga sebati .
  • Masukkan butter dan terus menguli hingga kenyal.
  • Masukkan 2/3 cawan kacang walnut dan uli perlahan-lahan agar kacang sekata dengan  doh.
  • Perapkan doh sehingga double saiz asal.
 
  • Bentukkan bulat-bulat mengikut saiz yang disukai.
  • Aturkan dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit butter.
  • Sapu permukaan doh dengan kuning telur.
  • Taburkan dengan 1/3 cawan walnut cincang tadi,biarkan doh naik sehingga dua kali ganda dari saiz asal.
  • Bakar hingga masak.

5 ulasan:

  1. salam kak ina..

    sedap juga makan roti ni..tadi petang pun makan roti gardenia dengan jem coklat..hihi..

    BalasPadam
  2. yep..roti putih memang kurang bagus..

    BalasPadam
  3. ala..... nak jg... salin resipi ni.. Minta halal^^

    BalasPadam
  4. SALAM KAK INA. TAK BOLEH TIDUR LE. JJALAN KE BELOG KAK , RASA TERTELAN AIR LIUR MELIHAT GAMBAR ROTI... MMMMM

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers