OOO

Ad

Ahad, September 29, 2013

Resepi Masak Lemak Cili Api Perut Tembusu Dan Nangka

Assalammualaikum

 Kalau tembusu masak lomak dengan rebung masam  lagi umphhh tapi tak jumpalah pulak...jumpa nangka ajer.

Bahan-bahannya
  • 200gm usus lembu (perut tembusu)
  • 10-15 biji cili api kampung (nak pedas tambah lagi)
  • 1 pelepah nangka (1/3 dari sebiji nangka)
  • 300ml santan pekat di campur dengan 150ml air
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai di titik
  • 1 helai daun kunyit - di siat dan dikat
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 keping asam keping
  • garam secukupnya
Cara-caranya

1. Potong usus lembu anggaran 1-1 1/2 inci, bersihkan  dan rebus sampai lembut.Toskan.
2. Siang nangka dan rebus sampai lembut. Toskan.
3. Tumbuk cili api bersama halia, kunyit hidup, garam dan serbuk kunyit.
4. Masukkan ke dalam periuk bersama perut tembusu yang telah lembut.
5. Masukkan santan dan serai dan masak sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
6. Masukkan nangka,  daun kunyit, garam dan asam keping.
7. Perasakan garam dan bolehlah di tutup api..

8 ulasan:

  1. Saya suka rebung juga tapi rebung madu. Yang dimasak dengan daging tetel. Perhhh menu Kak Ina mengancam sanubari!

    BalasPadam
  2. bestnya kak ina, ummi suka lauk2 tradisional macam ni.

    BalasPadam
  3. lauk2 susah ni bagi saya..hahahah selalu mkn kat umah mil je...tak tahu nak cari rebung mcm mana..pastu kang tersalah kang susah gak nak jawab..aggagagaa

    BalasPadam
  4. kalau letak pisang pun sodap......

    BalasPadam
  5. terus rasa lapaq di pagi ini..dah la xmakan apa2 lagi pagi ni

    BalasPadam
  6. Perut tembusu ni sedap. Kalau yang perut biasa tu tak berapa. Sate pun kalau orang guna perut tembusu ni memang lagi best. Tapi susah nak jumpa

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers