Rabu, Oktober 09, 2013

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

Assalammualaikum


Kalau masak ikan keli berlada/sambal ikan keli memang keluarga akak tersenyum riang.  Akak kalau buat sambal memang banyak-banyak sebab kami suka makan nasi merah..sedapppp


Bahan-bahan 
1 kilo ikan keli

20 biji cili merah besar/cili indonesia

8 biji bawang kecil-kisar

6 biji bawang putih-kisar

1/2 biji bawang besar-kisar
sebiji buah tomato-dipotong kecil

3 biji limau kasturi - ambil jus

garam dan gula

minyak secukupnya
 
Kali ni akak guna cili merah indonesia..pedas wei..akak tak pakai semua..separuh ayer..takut nanti ashik berulang alik ke tandas.

Cara-caranya

  1. Bersihkan ikan keli dengan air asam jawa.  Kemudian perap sebentar dengan jus limau kasturi bersama sedikit garam.  Bersih dan toskan.
  2. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan(klu tak nak meletup campakkan 2-3 asam keping sebelum masuk ikan)
  3. Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumislah bawang kisar sehingga naik bau baru masukkan cili hidup  kisar dan tumis sehingga cili tadi masak/naik minyak dengan api sederhana. Masukkan garam, tomato dan gula secukupnya.
  4. Biarkan sehingga agak kering dengan api perlahan. Masukkan ikan keli goreng kemudian rasa cukup perisa ker idak.
  5. Padam api dan masukkan jus limau kasturi (ikut kemasaman yang di ingini) dan kacau rata sebelum di angkat.
  6. Cepat makan dengan nasi panas.

17 ulasan:

  1. ummi memang suka ikan keli gorng berlado ni Kak ina, tengok gambar terus lapor ni.

    BalasPadam
  2. guna cili merah ke cili kering kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh guna yang mana ada kat umah amirah

      Padam
  3. Assalamualaikum kak, fav sheila ni. baru makan semalam. hehehe. thanks sharing resepi. terliur kita kak oiii ;p

    BalasPadam
  4. Fav Aina ni Kak Ina...anak2 pun suka...

    BalasPadam
  5. Ermm sedap nie akak, terus lapo D5 hehehh :D..

    BalasPadam
  6. lamanya x makan goreng berlada gini..hmmm

    BalasPadam
  7. rasanya ... skang nie lauk ikan keli mesti ada setiap kedai yang jual nasi campur

    BalasPadam
  8. hopefully ada jual kat cafe lunch japgi.terliur tengok..

    BalasPadam
  9. peh..rasa lapar plak tengok ikan keli tuuuuu

    BalasPadam
  10. guna cili indonesia tu memang pedas. tak boleh bagi banyak2... orang tak berani makan nanti...

    BalasPadam
  11. Salam.. kak.. tq shre resepi.. da cuba wt sdapp.. hihi..trbaikk...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...