OOO

Ad

Selasa, Disember 31, 2013

Ikan Pirang/Empirang

Assalammualaikum semua

Agak lambat update blog..masak, gi sekolah dan pastu bawa anak-anak gi berenang..nak lepaskan keboringan mereka di sini.

Masa gi beli ikan kat tepi jalan kat bandar, akak tenguk ramai orang beli ikan warna oren ni..akak tanya hb nak beli ker idak..dia kata cuba beli sikit dulu..nak rasa.

Bukan akak tau nama  ikan tu pun tapi bila post kat fb ada member bagitau nama ikan ni ikan pirang atau pun orang Melayu Sarawak panggil empirang. Tak pernah jumpa lagi ikan ni kat semenanjung..ataupun ada kot..tapi tak pernah akak tersua dengannya.

Ikan ni banyak tulang halus  sama seperti   cam 'terubuk' atau perang tapi specises kecil aa, mereka kata ikan ni, sedap di buat umai dan di buat keropok kering.
Akak kelar ikan dulu  pastu goreng garing dengan serbuk kunyit dan garam,  jadi bila goreng garing ia jadi tulang halus jadi ranggup, ada pula  yang cadangkan buat goreng tepung campur dengan serbuk cili.


11 ulasan:

  1. wah akak..ni ikan apa ye??nti nak try cuba la hehe

    BalasPadam
  2. Kalau garing mesti sedap kan kak ina..

    BalasPadam
  3. Kalau buat umai mesti sedap kalau buat lauk ratah macam tu jeee

    BalasPadam
  4. tak pernah dgr lagi nama ikan pirang ni

    BalasPadam
  5. macam pernah makan. tapi tak pasti plak nama dia pirang.

    BalasPadam
  6. kaler mcm ikan kerisi kan kak..tp kalau tulang halus2 mcm terubuk, rasa mcm serender la nak try..huhu

    BalasPadam
  7. kak ina, saya lupa nama ikan ni kat mesia, tp org jawa paggil ikan puput?? cuma cara gorengnya kena kelar kelar goreng garing ....fuh mkn nagn sayur lemak hmmmm nasi panas2 aduyaiiii

    BalasPadam
  8. oh ikan apakah ini.. maka selepas itu di masak apa? :D

    BalasPadam
  9. Akak beli kat ner ikan ni? Ngidam nak mkn.. Xde balik srwk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat sana yang akak jumpa..kat sini tak pernah jumpalah. Akak dah balik semenanjung dah

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers