OOO

Ad

Selasa, Mac 18, 2014

Jalan Jalan Ke Brunei (Sambungan)

Assalammualaikum
Lepas makan tengahari di  A' Cafe ARHAB Restaurant, kami jejalan kat sini.  Kami parking tepi jalan pastu jalan kaki 
hari Jumaat cuti pun kena gak bayar BD1.00

Galeri Seni pun tutup..kamu jejalan ajer kat belakang galeri ni
Salah satu tempat lepak ....alahai ramai aa pekerja asing sedang lepak-lepak kat sini

Kat belakang galeri seni ni boleh tenguk pemandangan Kampung Ayer yang terkenal dan menjadi mercu tanda bagi Negara Brunei.  

Walaupun nampak cam biasa ajer tapi sebenarnya banyak kemudahan yang di sediakan di sini.  Kat dalam rumah pun banyak barangan mewah tau

Kena cari member blogger Brunei yang duk kat Kampung Ayer baru akak letak gambar kan :)
Walaupun air sungai nampak keruh tapi tempat ni memang bersih, suka tenguk gelagat pemandu dan penumpang bot ni.

Oleh sebab hari dah petang, kami tak naik punbot ni lagi pun harganya boleh tahan mahal..satu kepala BD15.00.

Kami 4 orang dah berapa dah kan..tukaran wang mahal dah dekat seratus lebih.

Kami balik semula menghala ke Jalan Sultan tempat kami makan tengahari
Sempat singgah kat kedai kain..sajer jamu mata
Banyak tempat menarik tutup..kami gi salah timing.

12 ulasan:

  1. Balasan
    1. tak rugi shinobi..kami dapat solat yang ada kubah mas tu..syukur alhamdulliah

      Padam
  2. Pasni Kak Ina blh dtg lagi...pilih hari lain br best nak jalan2..soping2...(^_^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah akan datang lagi azatie

      Padam
  3. wah seru sekali jalan-jalannya, banyak tempat wisata yang indah ya disana

    BalasPadam
  4. teringin sangat nak ke brunei..
    tempat pon takde la se'crowded' KL kan..
    ingatkan sana tak ramai pekerja asing..

    BalasPadam
  5. Assalam Kak Ina.
    Saya NA blogger dari Brunei.
    Have been yr blog reader before your blog moved to dot com.

    Uishhh kak..akak dah kena kelentong kot. Tambang bot ke Kampung Ayer ialah BD$0.50/kepala. Yes Lima Puluh
    Sen. Bukan BD$15.00/kepala.

    I hope Kak Ina tak serik ke Brunei lagi because of that incident. Budak yg bawak bot tu tahu Akak ni tourist kot..erm dari bahasa/accent.
    wassalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mualaikumsalam
      Terima kasih sudi datang ke blog akak. Sebab mahallah kami tak naik pun tak tau pun murah sangat. Kena ada kenalan yang bawa jalan baru seronok kan. Insyallah akan datang lagi sebab tak puas dan banyak tempat lawatan tutup sebab hari Jumaat.
      wasalam

      Padam
    2. Saya ingat betul la tu B$15.00/kepala kalau nak pergi round2 (ronda2) Kampung Ayer yang mungkin mengambil masa 30 minit ke 1 jam lebih kurang.. Kalau yang B$0.50/kepala tu, itu harga untuk perjalanan dekat satu hala sahaja.. misalan kalau nak pergi ke kampung atau rumah di seberang, satu hala hanya dikenakan bayaran B$0.50 seorang.. pergi balik B$1.00 sahaja..

      Padam
  6. Teringin juga nak ke Brunei.. tgk negara org

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers