Isnin, Oktober 27, 2014

Viral Jeruk Mangga Asam Boi

Assalammualaikum semua
Tak tahanlah pulak tenguk gambar jeruk mangga asam boi merata-rata orang post di Facebook. Ramai rakan-rakan fb yang dah mencuba dan ada yang sampai buat jualan.
Kebetulan kat belakang rumah ada 
pokok mangga yang sedang berbuah

Bahan-bahan
2 biji mangga muda besar
1 paket asam boi - RM2.80
Cili api-hiris (kalau nak pedas boleh tambah)
2-3 sudu gula
Sedikit garam
Sedikit serbuk kulit limau-optional

Cara-caranya
1.  Potong kulit mangga, basuh dan potong kecil.  Toskan.
2.  Hiris atau kisar cili padi, nak pedas boleh tambah lagi. Kisar kasar jeruk kulit limau.
3.  Campurkan semua bahan.
4.  Masukkan ke dalam bekas yang bertutup selama lebih kurang 4 jam.  Nak masuk dalam peti sejuk pun lagi sedap.
5.  Selepas 4 jam boleh di makan.

18 ulasan:

  1. Melihat gambar diatas rasanya ingin sekali mencobanya.
    Saya simpan resepnya ya Kak...nanti istri dirumah biar mencobanya

    BalasPadam
  2. Cuma hati-hati dari tahap kebersihan semasa memeram. Takut ada kulat. Rasanya tidak boleh simpan selepas dibuka dan perlu dihabiskan.

    BalasPadam
  3. Wah.... sedap ni KakIna.... Elok utk menantu bila ngidam nanti hehehe

    BalasPadam
  4. Ehh begitu jer cara nya yer? Senang. Nak try lah. Thanks Kak Ina!

    BalasPadam
  5. itu la kak ina.. za belom cuba lgi sb pelam xjupe lagi muahahaha... tpi biasa cicah garam je.. mmg hantu pelam kehkeh

    BalasPadam
  6. bergasak-gasak orang membuatnya kan Ina, KY jer belum mencubanya..menahan air liur jer..hehe

    BalasPadam
  7. Sedapya kak buah jenis panjang ni :D

    BalasPadam
  8. Sedapnyaa kecuq liuq nengoknya.. :)

    BalasPadam
  9. salam kak ina...kawan saya cerita belah pantai timur depa buat aiskrim malaysia bubuh jeruk pelam asam boi ni...sedap katanya....manis masam pedas...saya tak pernah try lagi.

    BalasPadam
  10. Saya ada jual Jeruk Pelam Asam Boi Banjir untuk sekitar Seri Hartamas, Bukit Kiara, Mutiara Damansara, Manjalara, Gombak dan Kuala Lumpur

    Jeruk Pelam Asam Boi Banjir ini dibuat dengan penuh citarasa. Anda pasti berselera, Dijamin Bersih & Halal. Saya mempunyai stok buah pelam/ mangga muda yang segar dari ladang dibuat mengikut tempahan semasa.

    Ada 2 saiz bekas :

    Saiz kecil - RM 5.00
    Saiz Besar - RM 10.00
    Saiz ikut kilo bagi majlis 15.00
    Beli banyak ada diskaun lagi.

    ★ boleh request tahap kepedasan★
    - Extra pedas
    - Sederhana pedas
    - Kurang pedas

    Hubungi saya @ sms @ Whatsapp : Kak Nor 0173837039
    Saya suka berhubung whatsapp untuk tempahan segera.

    Penghantaran adalah percuma bagi tempat yang dinyatakan.Selain daripada itu dikenakan bayaran penghantaran.

    BalasPadam
  11. alamak..tiba2 terliur pulak. orang yg suka makanan masam mesti suka.. :D

    BalasPadam
  12. kak nak sikitttt. pos la sikit. ngidam ni

    BalasPadam
  13. assalamualaikum kakina...kecurnya tengok...:)

    BalasPadam
  14. Tang kulit limau tu..xde org buat lg. Tapi mmg sedap bila dicampur dgn asam boi. Tq kak ina kongsi resepi baru ni.. Mangga kak ina tu menarik perhatian org. Sedapnyeeee

    BalasPadam
  15. sejak pregnant nie..tak boleh makan pedas.asam boi pun tak boleh makan.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah, dah cuba buat sendiri. Saya cuba juga dengan buah kedondong.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers