OOO

Isnin, November 02, 2015

Ikan Bawal Putih Kukus

Assalammualaikum semua
Resepi ikan kukus yang kedua ni akak buat cara lain sikit. Resepi kat SINI

Puas fikir apa nak masak untuk orang berpantang ni kan. Maklumlah nak makan untuk 44 hari, memang kena makan ikan pulak tu.
Bahan-bahan
2 ekor ikan bawal putih
1 biji bawang besar-hiris bulat
3 biji bawang putih-hiris dan goreng
2 inci halia muda-hiris
Kicap masin
Serbuk lada hitam
Sos tiram
Garam dan sedikit gula
Limau nipis/limau kasturi
Hirisan daun sup/bawang
Cara-caranya
Panaskan kukusan sehingga air mendidih.
Bersihkan ikan bawal dan perap dengan air limau nipis dan susun dalam pinggan.
Campurkan kicap masin, serbuk lada hitam, sos tiram, garam dan gula dan bekas, kacau dan tuang atas ikan,
Taburkan hirisan bawang besar dan halia.
Kukus ikan dalam 15-20 minit atau sehingga ikan masak.
Goreng hirisan bawang putih dan tuang atas ikan.
Tutup api dan taburkan daun sup atau daun bawang
Bolehlah di hidangkan panas-panas


1 ulasan:

  1. Sedapnya kak. Hirisan bawang putih tu yang sedap bila campur dengan ikan kukus. :)

    Rasa nak makan ikan kukus dah baca entri ni.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers