Sabtu, Disember 05, 2015

Kerabu Mangga Dan Daging Salai Sedap

Assalammualaikum semua

Hidangan ni selalu jadi pembuka selera, anak anak perempuan akak memang suka makan camtu ajer.

Bahan A
Daging salai secukupnya-hiris nipis
1 atau 2 biji buah mangga-hiris 

Bahan B
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 1/2 cawan daun pudina, diracik
  • Hirisan daun saderi@daun ketumbar
  • Hirisan daun bawang
  • 2 camca besar gula (akak letak 1 sudu besar gula kabung/1 sb gula putih)
  • 2 camca besar sos ikan
  • 2 1/2 camca besar jus limau nipis (atau ikut selera masing2)
  • akak tambah 1 biji bawang merah-hiris halus
  • 1 batang cili merah-hiris serong
Cara-cara
  1. Hiris daging salai nipis nipis dan  ketepikan.
  2. Satukan semua bahan-bahan B, masukkan daging dan mangga tadi dan gaul rata, sesuaikan rasa. 
  3. Akak suker masukkan ke dalam peti sejuk sebentar..lagi sedap rasanya.
  4. Hidangkan sebagai pembuka selera. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers