OOO

Selasa, Mac 06, 2018

Resepi Kerabu Mangga Mudah

Assalammualaikum



Bahan-bahan

  • 2 biji mangga muda-hiris halus (nak parut pun boleh)
  • 1/2 labu bawang besar-dimayang halus
  • 4 biji cili padi-mayang
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu kecil gula melaka
  •  2-3 sudu makan jus limau kasturi
  • 3 sudu makan gula pasir
  • sedikit kacang yang telah di tumbuk

Cara-cara

  1. Campurkan jus limau nipis/kasturi, gula, gula melaka, sos ikan dan kacau sehingga gula hancur dan sebati.
  2. Kemudian satukan dengan mangga, bawang besar dan cili api  ke dalam   mangkuk dan kacau rata.
  3. Rasalah cukup masam dan manis ikut selera masing-masing.
  4. Sejukkan dalam peti sejuk. Bila nak hidang baru tabur kacang.

Nota : Kadang-kadang selera tekak kita tak sama, kalau rasa kurang umphh boleh tambah bahan yer



1 ulasan:

  1. Belum pape tengok gambar dah kecur air liur ceq... haha..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers