OOO

Jumaat, Julai 13, 2018

RESEPI KUIH KETAYAP/GULUNG MUDAH DAN SEDAP

Assalammualaikum semua

Kat rumah akak memang buat inti kelapa banyak banyak, pastu frozen, senang nak buat kuih muih nanti seperti badak berendam, kuih ketayap atau kuih bijan.




Bahan-bahan.
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil pewarna hijau/ kuning
  • 2 cawan air
  • 3/4 cawan susu segar/santan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • minyak untuk oles pada kuali/non stick pan

Untuk Inti
  • 1 biji kelapa parut putih 
  • 1/2 cwn gula merah/gula melaka (manis ikut suka)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • sedikit air untuk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan


Cara-cara buat inti

Masak air gula merah/melaka dengan daun pandan, (jika berhabuk tapiskan dulu) 
Masukkan kelapa parut dan gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. 
Inti akan menjadi warna keperangan.
 Angkat. Buang daun pandan tadi.


Untuk kulit : 
Masukkan tepung,susu/santan,air,telur, garam dan pewarna hijau serta minyak masak dalam blender/pengisar, blend sampai semua sebati. 

Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. 

Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers