OOO

Ahad, Disember 14, 2008

Chilled Oreo Cheesecake

 
Kek ni buat untuk hari jadi russhdi dan liyana..memang senang nak membuatnya...tapi nampak nipis kerna guna 250gm aje cream cheese tu...kalau nak tebal gunakan 500gm..baru tebal..ataupun guna loyang yang kecil sikit. yang bestnya tak payah bakar..jadi jimat sikit bil letrik.....Ambil resepi fizsha dari myr.


Bahan-bahan untuk base ( saiz kek:20cm )

1. 120gm biskut oreo - asingkan krim (nak buang atau nak makan pun boleh)
2. 70gm mentega cair.

Cara-cara

1. Guna spring form pan dan lapikan dengan aluminium foil supaya senang nak keluarkan kek nanti.
2. Hancurkan biskut dan masukkan mentega cair. Kacau sebati.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga 20-30 minit.

Bahan untuk filing

1. 250gm phildephia cream cheese
2. 200gm whip cream
3. 70gm gula
4. 1 sudu besar serbuk gelatin - larutkan ke dalam 30ml air
5. 40ml jus lemon - akak gunakan limau nipis aje
6. 5-10 keping biskut oreo - di patah-patahkan.

Cara-cara

1. Dalam bekas lain, larutkan gelatin dengan air dan jus lemon.
2. Double boiled larutan sehingga gelatin larut sepenuhnya.
3. Biarkan seketika.
4. Dalam mixer bowl, pukul cream cheese dan gula sehingga sebati.
5. Masukkan whip cream dan pukul sehingga 5 minit.
6. Masukkan larutan gelatin tadi dan kacau sebati.
7. Akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan.
8. Sejukkan sehingga 4 jam atau sehingga kek sudah keras.

Untuk hiasan (akak tak buat pun)

1. 200gm whip cream
2. 30gm gula
3. biskut oreo

Cara-cara

1. Pukul whip cream dan gula sehingga menjadi krim.
2. Salutkan kek dan hias dengan biskut oreo.

1 ulasan:

  1. sy buat base guna biskut mcvities
    belum penah cuba buat oreo cheesecake lagi...
    nampak sgt sedap

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...