OOO

Khamis, Disember 18, 2008

Ikan Keli Berlada

Ikan keli ni memang jadi kegemaran anak-anak akak..masak macam mana pun..insyallah habis...selalunya akak beli dalam 2 kg. Anak-anak dan akak suka masak sambal....selalunya akak guna cili hidup..oleh sebab cili merah mahal giler...RM15 sekilo....kalau guna mesti 1/2 kilo..jadi akak gunakan cili kering ajelah..tapi kurang umph..lah sikit..

Bahan-bahan

1. 1 kilo ikan keli
2. 10 sudu makan cili kisar
3. 8 biji bawang kecil
4. 6 biji bawang putih
5. 1/2 biji bawang besar
6. 3 biji limau kasturi - ambil jus
7. garam secukupnya
8. 1 batang serai * )
9. 1 inci halia * )
10.2 biji bawang putih*)- semuanya di tumbuk/kisar untuk perap ikan keli.
11.kunyit hidup secukupnya*)
12.garam*)

Cara-caranya
  • Bersihkan ikan keli. Rendam dengan air asam/jus limau dalam 5-10 minit.
  • Bilas semula dan perap dengan benda bertanda *.
  • Biarkan selama 10-20 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng bawang kecil, bawang putih dan bawang besar.
  • Toskan dan tumbuk kasar..jangan lumat tau..nanti kurang kick
  • Goreng ikan keli dengan minyak yang banyak sehingga garing dan toskan.
  • Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumislah cili kisar dengan api perlahan sehingga cili tadi masak.
  • Masukkan garam dan bawang goreng yang telah di tumbuk tadi.
  • Biarkan sehingga agak kering dan masukkan jus limau kasturi..terus kacau dan padamkan api.
  • Tuang di atas ikan keli tadi.
Dah goreng pun dah sedap dah.....akak tak suka masukkan ikan keli dalam sambal..nanti jadi ikan tu lembek..bila nak makan baru akak letak sambal tu....enak di makan bersama-sama nasi panas........

4 ulasan:

  1. Kak Ina...kau ni kan, huhuhuwaaaaaaaaaaaaaaaaaa..ini ikan adalah feberet ku!!!! nakkkkkkkkk :O

    BalasPadam
  2. Salam kak ina...

    Sedapnyer....Dah lama tak makan ikan keli. Saya anak-beranak mmg suka ikan ni.Sama mcm akak kalau beli misti berkilo2.huhuhuhu......Terliur gitu!!!!

    BalasPadam
  3. anak2 saya pun suka sangat ngan ikan keli masak sambal. tapi saya jarang2 skali buatnya. kalau buat selalu nanti ada balance, kalau sekali sekala buat, berebut2. tu yg suka tengok!!!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...