OOO
Selasa, Disember 02, 2008
Kerutuk Ayam
Ashik masak rendang dan kari ayam aje...nak tukar seleralah pulak....kat giant nampak rempah kerutuk ayam dan daging keluaran adabi...nak cuba buatlah....
Bahan-bahan
1. 500gm ayam
2. 1 peket serbuk kerutuk (28gm)
3. 50gm kerisik
4. 300ml santan pekat
5. 1 sudu makan jus asam jawa
6. garam se cukup rasa
Bahan A
1. 10 biji bawang merah) di tumbuk atau
2. 5 ula bawang putih ) di kisar halus
Bahan B
1. 5 ulas bawang putih)
2. 1/2 inci halia ) ditumbuk atau di kisar halus
3. 1/2 inci lengkuas
4. 2 batang serai di titik
Cara-cara
1. Bancuh rempah kerutuk dan bahan A dengan air untuk dijadikan pes.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan B bersama serai.
4. Bila berbau wangi, masukan bancuhan pes rempah dan tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak. Masukkan garam.
5. Masukkan ayam, kerisik, santan pekat dan air asam jawa.
6. Masak sehingga pekat.
p/s oleh kerana tiada cili dalam rempah..jadi bagi pencinta pedas macam akak ni terpaksalah masukkan cili api...barulah best....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
sedapnye ayam kerutuk.. :)
BalasPadamsedapnyer kakkk..yummy!!!letak katak ble???ehehehehe....akak...salah kakk...sejenis semut.....sila cari!!!bukan senang nak bagi pizza voucher free nie...
BalasPadamwow! nampak sedap!
BalasPadammummy ila..bukannya susah pun nak buat....sekejap aje dah masak...
BalasPadamcute frog..nanti akak cuba lagilah ye katak ayu...kalau salah jugak..tak tahulah nak jawab apa...
BalasPadamMak su...mak su pun masak sedap jugakkan...
BalasPadam