OOO

Khamis, Disember 04, 2008

Resepi Oren Cream Cheese Cupcakes

 Cupcakes ni memang gebus..dan sedap..sebenarnya nama kek cawan ni Lemon Cream Cheese Cupcakes...oleh sebab buah lemon tak ada stok....yang ada cuma buah oren..akak tukar ajelah..lagi pun kita yang buat diakan.....ambil resepi dari rumah jun yang pandai baking tu..tq ye jun..nanti ambil lagi tau....

Bahan-bahan


1. 130gm tepung kek (akak guna tepung naik sendiri)*
2. 1/2 sudu teh soda bikarbonat*
3. 1/2 sudu teh baking powder*
4. 125gm cream cheese(suhu bilik)
5. 135gm mentega(suhu bilik)
6. 145gm gula halus
7. 1 sudu teh lemon rind (akak tak letak)
8. 2 biji telur (suhu bilik)
9. 1 sudu besar jus oren

Cara-cara

1. Panaskan oven 170C.

2. Ayak bersama tepung, soda bikorbonat dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul cream cheese hingga ringan dan lembut.
4. Masukkan gula dan pukullagi.
5. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
6. Masukkan jus oren.
7. Gunakan spatula kaup balikkan tepung hingga sebati.
8. Masukkan kedalam cawan kertas dan bakar 20-25 minit bergantung kepada oven masing-masing atau hingga masak.

Bahan untuk forsting


1. 30gm mentega - suhu bilik

2. 80gm cream cheese - suhu bilik
3. 1 1/2 cawan gula aising (akak guna 3/4 cawan aje)-ayak
4. 1 sudu teh lemon rind (akak tak letakpun)

Cara-cara


1. Pukul mentega dan cream cheese.

2. Masukkan gula aising dan putar hingga putih.
3. Hiaskan atas kek cawan yang telah sejuk.(akak masukkan jus oren..langsung frosting tak boleh tegak...jadi letak atas kek aje..tapi sedap jugak rasanya.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...