Bahan-bahan
1. 1 mangkuk kecil ikan bilis
2. 50gm kacang tanah
3. 3 sudu makan cili kisar
4. 1/4 camca teh jus asam jawa
5. 1 biji bawang besar - 1/2 di tumbuk - 1/2 di hiris
6. 2 biji bawang kecil
7. 3 biji bawang putih
8. sedikit belacan
8. garam dan minyak secukupnya
Cara-cara
1. Tumbuk sedikit ikan bilis bersama 1/2 biji bawang besar, bawang kecil dan bawang putih bersama belacan.
2. Goreng kacang tanah dan toskan..selepas itu goreng pula ikan bilis.
3. Tumis bawang merah yang di hiris sampai garing..baru masukkan bawang yang telah di tumbuk tadi.
4. Setelah itu masukkan pula cili kisar..perlahankan api dan biarkan cili masak.
5. Masukkan garam dan jus asam jawa dan biarkan cili masak sampai kering sedikit.
6. Masukkan pula ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng.
7. Biarkan kering dengan api yang perlahan...kacau selalu...kalau tidak hangus pulak nanti.
8. Setelah agak kering barulah dipadamkan api.

yan mmg suka mkn sambal ikan bilis kering nie..kadang tu mkn nk ratah aje..klu masak letak kcg bnyk2..ehehe..
BalasPadamblm pernah cuba sambal ada kacang mcm ni.. :)
BalasPadamIna...kalau saya buat sambal goreng ikan bilis tu tak letak kacang sebab anak2 tak suka...
BalasPadamSelalunya kalau anak bujang tu balik...buat satu mangkok besar...habis dikerjakannya sehari...saya selalu masukkan sedikit cili padi buat menambahkan umpphhhh!!
yang ni memang kegemaran famili ni tapi selalunya Ummi yang buat hehehe
BalasPadamsalam yanmie...memang best makan sambal ni...kamu pun macam akak ye...suka dan bubuh kacang tanah tu...sedap meratah kacang tanah tu..
BalasPadamsalam nurul...cubalah buat..mesti nak lagi..dan lagi..dan lagi...
BalasPadamsalam aNIe...amboi letak cili api lagi...ina dan suami tak leh lagi makan pedas-pedas...perut tak tahan..nanti ashik gi ke bilik air..
BalasPadamsalam kakchik...kalau ummi kamu buat mesti sedapkan...air tangan se orang ibu..mana boleh tak sedap...
BalasPadam