OOO

Isnin, Februari 02, 2009

Hari Jadi Nur Athirah Ke 13 Tahun

Pada 30hb. Januari hari Jumaat ...hari jadi anak akak yang ke 4 si Athirah. Oleh kerana hari Jumaat persekolahan akak buat kek pada pagi Sabtu dengan pertolongan Yana. Mula-mula ira nak gambar Detaktif Conan...bila search kat internet...macam susahlah sangat nak buat gambar tu....jadi akak tukarkan kepada imej strawberry shortcake.

Kali ni dah tahu trick nak deco kek..jadi tak ambil masa yang lama...tapi masih tak berapa cantik lagi hiasan kat tepi kek. Oleh sebab nak balik ke segamat pada petang sabtu tu kelam kabut jugak nak masak, nak deco kek dan nak kemas kain baju.

Dalam pukul 2.00 petang kami sekeluarga termasuk mak akak, adik dan anak buah pergi ke asrama ira...dah sampai kat situ..dia tak ada pulak kat dorm...rupanya dia tengah beratur kat public phone...nak call akak ..tanya pukul berapa nak sampai.

Bila dah jumpa dia...dia tak nak sambut kat kantin...malu pulak katanya...nanti ramai orang tenguk...kami carilah port kat lain...nasib baik ada tempat yang kosong kat taman sekolah.

Alhamdulliah walaupun dia tak dapat imej yang dia hendak...dia seronok tenguk strawberry shortcake tu....kami menyanyikan lagu selamat harijadi....

Setengah dari kek tu kami makan dan setengah lagi bagi member-member kat dorm. Akak bawak nasi dan lauk untuk dia makan. Lama jugaklah berbual-bual dengan si ira ni..nak dekat 2 jam.

Ira sendiri yang bagi-bagikan kek kepada ayah, akak, nenek (wan), busu(adik), an nur(anakb uah) abang dan kakak dia.

Kebetulan mak dan adik bersama anak dia pun ikut..jadi kek tu dapatlah jamah seorang sekeping...tak boleh lebih...nanti ira tak dapat nak bagi member dia...janji dengan anak buah tu nanti akak buat lagi.

Sekarang ni kena rajin lagi lembutkan tangan nak deco dan kena beli lagi nozzle dia...beli satu demi satu...akak tak beli satu set....satu set lebih kurang seratus lebih harga dia.

Semuga Athiran berjaya di dalam pelajaran dan menjadi anak yang solehah dan semuga apa yang di cita-citakan akan tercapai di masa hadapan. Akak terasa sedih jugak bila dia ni dah duduk kat asrama...pasal ira ni suka bercakap..pot pet..pot pet...bila ada terasa rimas....bila tak ada baru terasa kehilangan.

Resepi Kek Span Coklat

Bahan-bahan:
5 biji telur gred b
170gm gula kaster
1 camt ovalette - kalau tak de pun tak pe..
100gm tepung gandum
1tsp baking powder - kalau tak de pun tak pe.. kek tetap jadi..
40gm serbuk koko
70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan

Cara membuatnya:
Dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar hingga kembang dan putar menggunakan kelajuan maksimum..mesti kembang, pekat dan berwarna putih seperti ini, bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah..

terus ayak tepung, baking powder, serbuk koko masuk dlm adunan.. seeloknya ayak bhn2 kering kat bekas lain dulu..


Terus masuk minyak. putar perlahan hingga adunan b'gaul rata dan sebati ye..adunan yang dah sebati. tuang dalam loyang berukuran 8". boleh la di bakar pada suhu 170'c - haku lebih suka bakar kek span guna suhu ni selama lebih kurang 30 minit api atas bawah.

kek yang dah siap.. masak je, terus hentak loyang tu, hentak perlahan je.. pas tu terus keluarkan kek dari loyang.. kalau biar dlm loyang nanti keknya kecut mecut... sejukkan atas redai

Kalau nak tenguk cara-caranya korang boleh ke ke    SINI
Dalam pukul 4.00 petang kami bertolak ke Segamat melalui jalan guthrie...mahal giler lah tol dia...tak nak lalu lagi jalan tu....baik ikut jalan plus.....singgah makan kat R & R Dengkil dan singgah makan sate kat Sate Samsuri dari Kajang tu...Imran nak beli psp...ayah dia belikan..tapi cap ayam aje...tak sampai pun RM20.00...leka main tu aje dalam kereta...

sampai kat pekan Gemas dah maghrib...solat pastu beli lauk dan nasi ayam untuk imran kat kedai makan di gemas...pasal penat nak masak...... sampai rumah fil dah dekat pukul 8.00 malam. Nasib baik fil dah masak nasi....lepak dan berbual-bual dgn fil ..pastu tidur cepat...esok nak ke Muar pulak..

10 ulasan:

  1. Hepi Birthday buat IRA...manis je anak dara akak nih

    BalasPadam
  2. tak terlambat lagi nak ucap hepi bday pada bday girl ni kan...
    aik,ira punye bday imran lak yg dibelikan barang.jeles pulak anak dare tu nanti, hehehe

    k ina,nozzle satu set aritu sy beli kat Bake With Yen RM105.Klu rajin mendeko & berhajat nak melembut2kan tangan dgn mendeko bolehlah beli...

    BalasPadam
  3. Happy Birthday Athirah..

    Semoga menjadi anak yg solehah, pintar dlm pengajian dan berjaya di dlm hidup..Amin..

    Amboi best la anak2 akak ni semua dapat homemade besday kek..beruntung diorg..;)

    BalasPadam
  4. mmm...happy belated besday to ira. Mmmm tgk kek tu buat ila plak yg terharu. Yer laa kek tu mak yg buat sendiri.

    Tgk gambar ira tu nostalgia plak ila terinagt zaman sekolah dulu. Mmmm mama pun hantar kek jugak kat hostel. bezanya kek mama kek kedai. hehehehe....

    BEST JADI ANAK KAK INA NI...hOPEFULLY ira akan sukses seperti yg mama dia impikan. amin...

    BalasPadam
  5. comeynye akak deco kek!!

    Epi Bestday Ira. Semoga Hidup akan Sentiasa Diberkati Allah S.W.T..Amin!

    BalasPadam
  6. salam ina..terima kasih bagi ucapan ye buat si ira..

    BalasPadam
  7. salam fiza..tq juga bagi wish kat ira..ala si imran tu yang mengendeng kat ayah dia...ayah dia pun termakan pujukan anak dia...

    wah fiza..beli satu set...tentu lawa bila deco kek tu nanti..

    BalasPadam
  8. salam eiyda..terima kasih ye..semuga apa yang diucapkan menjadi kenyataan..

    BalasPadam
  9. salam arzazila..biarlah deco kek tu tak cantik..janji hati puas..betul tak? masa akak duduk kat hostel tak ada pun mak nak hantar kek harijadi..pasal mak bknnya banyak duit..

    BalasPadam
  10. salam ai..semuga menjadi kenyataan...doakanlah ye..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...