OOO

Rabu, Februari 18, 2009

Roti Marble


Oleh kerana roti marble ni tengah jadi roti yang paling hangat di myr dan di rumah member-member cyber akak pun terbuka hati nak buat roti ni.....akak buat 2 adunan...mana cukup satu adunan kat umah akak ni. satu akak campurkan dengan coklat cair dan satu lagi akak campurkan dengan blueberry......akak ambil resepi dari ros di jepun http://damiacyan.multiply.com. Dia ambil dari internet katanya..terima kasih ye ros diatas roti yang lawa ni..

Bahan-bahan ( sesuai untuk si manja anda )

  • 200 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar butter atau marjerin
  • 140 ml susu segar
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air-akak pandai-pandai tukar coklat cair dan pes blueberry...jgn marah ye tuanpunya resepi.

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. Kalau ade BM tekan On je.
Oleh kerana akak tak ada bm....akak gaulkan dengan mixer dulu pastu uli dengan tangan selama 10-15 minit. Yana yang kena uli..jadi tu tangan dialah....

2. Perap doh selama 40 minit, kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.

3. Bahagi doh pada tiga bahagian. Satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau terlembik boleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. Pastikan adunan betul betul sebati ye.
Oleh sebab akak bubuh coklat cair warna jadilah tak sekata untuk doh coklat tu.

4. Satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. (Oleh sebab tak baca resepi betul-betul ..akak tak teraplah pulak doh tadi..jadilah macam ni..)

5. Tutupkan keseluruhan adunan tadi.

6. Potong tiga adunan dan .....masa potong ni jadi buruklah pulak doh roti akak ni...

6. ...............dan anyam bentuk tocang.

7. Letak dlm sandwish loaf. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.


roti versi coklat selepas di potong...tapi tak berapa jadilah marble dia...


Kat bawah ni versi bubuh blueberry..tapi bubuh blueberry ni lembeklah doh dia..kena tambah tepung masa uli dia...akak dah risau takut tak jadi...

Tak dapat bubuh banyak pes blueberry...pasal macam terlembek pulak doh tu...

Memang lembeklah aduanan ni..tulah pandai-pandai nak ubah perisa...

Oleh sebab sandwich loaf ada satu aje...terpaksalah akak bakar pakai pinggan vantage yang beli kat kedai vantage dulu...

Akak bakar kedua-dua adunan sama-sama...alhamdulliah jadi...memang gebu...terima kasih sekali ye ros di jepun. Kalau nak tenguk yang real punya pergilah ke blog dia ye...

Tak berapa nampaklah blueberry dia tu....pasal bubuh sikit sangat kot..tak apa lain kali cuba lagi..

4 ulasan:

  1. alahai sedapnye roti ni..sy buat roti xpnh nak menjadik..nape tah.

    hai salam singgah..sy link blog ni eh..syok byk masakan:D

    BalasPadam
  2. salam jugak suziey...terima kasih kerna dtg umah akak...
    nak buat roti kena selalu ..baru tau skill dia..dulu akak buat keras kematu..baling kat dinding pun boleh pecah...

    BalasPadam
  3. k.inaku cyggg...
    nape roti itew amat2 la gebuss...
    mengancam betul la akakkk..
    cam mak farah suke uli2 roti..

    BalasPadam
  4. salam mommy otai..mestilah gebus macam tuan dia...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...