OOO

Ahad, Mei 03, 2009

Resepi Ayam penyet/nasi ayam penyet palembang

(sumber resipi : Pn Asmah Laili)

Bila jejalan kat bro rozzan tertarik pulak nak cuba resepi ayam penyek ni...cara masak macam masak nasi ayam..cuma bahan aje yang berlainan...ada dua resepi di situ. dan akak campur adukkan cara nak masak ayam ni.......memang ada kelainannya. Yang sedap tu sambal dia..pasal campur dengan ikan bilis goreng...cubalah...

Bahan-Bahan
  • 1½ kg peha ayam (kira-kira 6 keping, jangan buang kulitnya, cuci bersih dan toskan
  • 2 - 3 liter air
  • 3 batang serai, bahagian putihnya sahaja, dititik
  • 3 hiris lengkuas, dititik
  • 6 biji bawang putih, dihiris
  • 1 sudu makan ketumbar, ditumbuk kasar
  • ½ sudu makan jintan halus (jintan putih), ditumbuk kasar
  • 1 ibu jari halia, dititik
  • 4 helai daun salam
  • 4 sudu makan rata, gula Tanjung-akak tak letak
  • 2 sudu makan rata garam

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk, kecuali ayam. Gaul rata dan rasa. Jika kurang garam tambah sedikit lagi. Setelah puas dengan rasanya. barulah dimasukkan ayam. Tentukan airnya cukup setakat menutup ayam. Jerang periuk diatas dapur dengan api yang sederhana besarnya. Rebus ayam sehingga ¾ masak, selama 15 hingga 20 minit. Matikan api.

2. Keluarkan kepingan ayam dan masukkan didalam tapisan. Biarkan sehingga ia benar-benar sejuk. Bersihkan ayam.

3. Sementara itu tapis air rebusan ayam. Air yang jernih diketepikan untuk membuat sup, tetapi bekas ketumbar dan jintan halus dilumurkan dengan kepingan ayam. Ayam yang sudah direbus, sebaik-baiknya disimpan semalaman didalam peti sejuk dengan sedikit air rebusan.

4. Goreng ayam ni, pada keesokkan hari. Tetapi boleh juga digoreng bila kepingan ayam sudah betul-betul sejuk. Goreng dengan banyak minyak, sehingga masak dan garing.

yang ni goreng tanpa tepung..cam tak best aje..terus buat ikut resepi lagi satu..dia kata perap semalaman..akak goreng lepas perap 4 jam..kurang umph...

Setelah masak, dihentak sedikit dengan anak lesung. Sajikan segera dengan sup asam, nasi panas, serta tempe dan tauhu goreng, kangkung rebus, Sambal Kicap Lada Padi serta Sambal Lonteh.

Akak campur adukkan resepi ni...akak tak buat part no 3 dan no 4....yang ni akak tiru resepi nasi ayam palembang.

3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.

4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

Kat bawah resepi asal nasi ayam penyet palembang


.NASI AYAM PENYET PALEMBANG
Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)
  • 1 ekor ayam (belah empat)
  • 1 batang serai
  • 2 ibu jari halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 liter air
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.

2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.

3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.

4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.


Bahan B (untuk goreng ayam)
  • 2 biji telur
  • 175 gram tepung beras
  • 50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka) -cuci, toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh rempah kari daging
  • 1 sudu teh serbuk lada
  • Garam dan air secukupnya
Cara-caranya

1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.


Nota:

Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.


Bahan C (Untuk nasi )-akak masak 6 cawan
  • 1 kilo beras (cuci dan toskan)
  • 150 gram mentega
  • 1 cawan minyak masak-akak buat 1/4 cawan minyak masak dan 1/4 cawan mentega
  • ½ cawan minyak bijan-tak letak
  • 6 – 8 helai daun pandan
  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang putih (ketuk)
  • Garam secukup rasa
  • Air rebusan (stok) ayam secukupnya

Cara-caranya
1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
Akak panaskan minyak dan mentega dan tumis daun pandan, serai, bawang putih ..pastu baru masukkan beras dan di kacau sebentar. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama air rebusan ayam dan masaklah nasi macam biasa dengan periuk elektrik.

Bahan untuk sup
  • 1 kiub ayam
  • hirisan daun bawang dan daun sup
  • bawang goreng secukupnya
Cara-caranya

1. Tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam.
2. Masak hingga kiub larut.
3. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
4. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan D (untuk sambal dan ulam)
  • 3 batang lada merah
  • 3 biji lada padi
  • 10 ulas bawang kecil
  • 3 labu tomato
  • 100 gram ikan bilis goreng
  • 100 gram belacan
  • Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)akak tukar ke kacang panjang, tomato, timun dan salad.

Cara-caranya

1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. 2.Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.
3. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.

Nota:
Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan.

Anda boleh menggunakan

1. 5 batang lada merah,
2. 3 biji lada padi,
3. ½ sudu teh gula melaka,
4. 1 biji tomato dan
5. 1 sentimeter belacan bakar.

Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)-akak tak buat pun

  • ½ botol sos tiram
  • ½ botol air
  • Segenggam gula pasir
  • Sedikit minyak bijan

Cara-caranya

1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.

5 ulasan:

  1. Salam kak ina,
    selamat pagi ahad...
    Sedapnye ayam penyet tu...
    selalu dengar ayam penyet ni, tp tak pernah cube. cam semacam jer namanye...kikiki...

    BalasPadam
  2. nampak mcm nsi ayam biasa, w namenya penyek eh?

    BalasPadam
  3. adoiiii
    knp lah gambar ni menghairah kan perut ku ini!!!!

    BalasPadam
  4. uikkkk...resipi baru lagik. bila lah nak cuba resipi2 akak ni semua. penyakit "M"dah terlalu tebal sesgt dah sekarang nih hehe.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...