OOO

Isnin, Mei 04, 2009

Cinnammon Roll Lagi


Kali ni akak buat pulak resepi dari rumah chef ah mat gebu di http://tiffinbiru.blogspot.com/...saje-saje tukar resepi...anak-anak akak memang tak muak-muak makan cinnammon roll ni...tenguklah gebussss betul cinnammon kali ni...mungkin di sebabkan bubuh bread improver dan bread softner....akak c & p dari blog cik mat...minta halal ye cik mat...kalau sape yang tak faham gi ajelah kat blog beliau..

Bahan Doh :-)
400 g tepung roti (high-protein flour)
100 g tepung halus (Hong Kong Flour)
100 g gula halus (gula kastor)
5 g garam
20 g susu tepung
1/2 camca teh bread improver (resipi asal guna 1/4)
1/2 camca teh bread softerner (resipi asal tak letak)
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
11 g instant yeast
40 g shortening (lemak sayur)
250 ml air

Bahan Inti :-)
3 camca besar mentega, dicairkan
1/4 cawan gula perang*
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*digaul rata)
1 cawan kismis-akak tukar ke badam cincang.


Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemal sayur, uli hingga menjadi doh. Masukkan lemak sayur dan terus menguli 15 - 20 minit hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Bulat2kan doh, alih dalam bekas besar dan tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga doh naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh. Tekan "ON" dan biar hingga siap.
  2. UNTUK CINNNAMON ROLL :- Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara, leper2kan an bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai sehingga menjadi empat segi (seperti dalam gambar), sapu dengan mentega cair, tabur bancuhan gula perang tadi rata2, kemudian tabur kismis(akak tukar ke badam cincang). Gulung seperti swiss roll. buat ketat2. Kemudian potong sama besar kepada 8 bahagian, susun atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan tekan sedikit biar leper (mat bubuh dalam paper cup saiz besar). Buat kaedah yang sama pada baki doh tadi.
  3. Rehatkan 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 10 - 12 minit. Bila masak, sapu mentega atas permukaan roti. boleh dihidangkan bersama teh atau kopi......Akak sapu dengan mentega yang di campur dengan gula aising.

5 ulasan:

  1. alahai..terliur naura nengoknya..

    BalasPadam
  2. Terliur jgk.....
    :)

    `kak, cuti nanti, adik ipar kawen,,.so, tak leh nak merendek kemana...
    tp, peh cuti akan hantar mempelai ke Melaka...
    kalau singgah KL dan berkesempatan..ada rezki,kita jumpa yer...

    nanti kita email2 yer kak...

    p/s : maaf, ole2 tuk akak tak sempat lagik nak cari...
    ayohhhhh....bz skit lah kak...
    soriiiii.....
    tp, sy tak lupa!!
    :)

    BalasPadam
  3. Ya Allah sedapnyer cinamon roll!!salah satu fav daku la kak ina!!adeh..meleleh tgk screen ni ha...hmm..kalau dpt mkn panas2..pastu mkn lak dgn aiskrim!!perghhhhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  4. k ina, dah lame teringin nak wat tp belum buat2.. ehehhe... nak seketul dua... ;)

    BalasPadam
  5. salam naurah makwa...cubalah buat kalau terliur...

    salam tc...tak apalah ..kalau ada rezeki kita jumpa nanti..insyallah..

    sala syafa..wah kamu dah pandai buat swiss roll ye..cubalah buat cinnammon pulak..

    salam aymy..cuba jangan tak cuba..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...