OOO

Selasa, Jun 30, 2009

Bila tekak nak makan macam-macam

Tanya yana nak makan apa....al maklumlah lebih kurang se bulan lagi dia nak pergi ke india ...dia kata nak makan kerabu daging. Hari minggu akak gilah ke pasar greenwood beli daging lembut/steak. Suruh dia hidupkan api dengan gunakan tempurung/arang...bab ni dia dah terror..akak tak masuk campur.

Bila dah hidupkan arang/tempurung ni rugi pulak kalau tak salai ikan sembilang..buatlah sekali.

Tapi tak masak dulu...wrapping dalam cling plastik dan pastu masukkan kat dalam peti ais..si russhdi suruh masak lemak ikan sembilang.....isshhhh tak muak-muak..cadang nak masak hari rabu..pasal dia nak balik ke bangi lepas maghrib.

Tercapailah hajat di hati yana nak makan kerabu daging ni...akak yang panggil....sebenarnya resepi ni panggil daging grill pedas. kali ni akak masukkan tomato.

Masak pulak daging salai masak lemak dengan jantung pisang. Yang ni akak yang nak makan..sebab puasa...jadi tekak ni nak makan macam-macam..

Oleh sebab masak macam ni selalu akak dah bagi resepi...akak tepek gambar ajelah ye..

Masa goreng ni nak dekat maghrib....barulah best makan panas-panas...

Pastu blend buah tembikai.......alhamdulliah dapat jugak habiskan puasa hari...hari masak cara kampung..tapi aduhai....bertambah akak makan..

Dapat Hadiah Bear

Dapat teddy bear dari noorma aka ina (samalah nama tang hujung tu)..tq sudi bagi bear kat pengunjung yang datang kat rumah dia...akak ambik ni sebab dia ada sebut nama akak..

Terima kasihlah ye noorma aka ina..

Isnin, Jun 29, 2009

Oh Kereta Lamaku...Akhirnya Dilerai Oleh Sindiket Pencuri Kereta

Kami pakai kereta ni lamalah jugak..pastu kami cadang nak jual....saje-saje ambik gambar masa tu..

Bergambar kenangan sebelum kereta nak di jual...Mula-mula nak jual sendiri...tapi lecehlah..pastu suami suruh kedai usedcar tolong jualkan...lama juga ambil masa nak jual kereta ni...al maklumlah zaman ekonomi meleset ni.

Alhamdulliah akhirnya terjual jugak kereta ni..suami dah sain tukar nama di borang jpj dan dah dapat cek pada hari jumaat yang lepas .......tup...tup...malam tu ada panggilan dari balai polis kajang. Tanya kami ada tak kereta ni..suami kata dah jual...polis tu kata dia jumpa resit masa suami akak tukar tayar yang masih tersimpan dalam dashboard . Polis tu ingat kereta ni masih lagi kereta suami akak.

Bila suami bagi tau kereta ni dah di jual.....polis tak kata apa-apa lagi...pagi sabtu tu polis tu call lagi bagitau kereta tu dah ada kat balai polis kajang...dah terlerai.......baru sejam di curi dah dileraikan oleh sindiket ni.....mula-mula suami ingatkan pembeli kereta ni orang melayu...kesiannya dia baru beli .....dah kena curi....tak sempat bergaya dengan kereta baru.

Cerita ni keluar pulak dalam akhbar harian metro hari ni...rupanya yang beli tu ahli sindiket pencuri kereta. Yang beli ni ada kedai used car jugak dan berbangsa cina.....dia beli lepas tu dia buat report kat kereta dia kena curi pasal nak claim insuran ..pastu mereka leraikan dan jual komponen kereta tu kat kedai barang yang jual komponen terpakai.

Nilah serba sedikit petikan dalam paper hari ni....mereka tukar no chasis dan no enjin pulak tu..pandai sungguh mereka ni...sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak...

Nasib baik teringat nak ambil gambar dengan kereta ni...jadilah kenangan buat kami...takkan dapat tenguk lagi kereta ni di jalan raya....yang tinggal cuma komponen dia aje...
sedih pulak bila tau tamat dah riwayat kereta ni...


Ahad, Jun 28, 2009

Ayam Seribu Rasa


Mula-mula tenguk nama ayam ni..risau jugak takut pakai bahan yang bermacam-macam..rupernya senang aje nak masak ayam cam ni...resepi asal dari Myresepi tak akak c & p dari rumah Puan Ummi di Kuantan. Setelah di perap akak goreng separuh ayam ni...sedapppp

Bahan:-
  • 1 ekor ayam (sederhana besar, potong ikut suka)
  • 1 mangkuk kecil air
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar jus oren
  • 2 sudu kecil lada hitam - tumbuk
  • 1 sudu besar badam - tumbuk
  • 1 inci belacan
  • sedikit garam
  • serbuk perasa (*ummi letak gula sedikit)
Bahan-Bahan Kisar:-
  • 1 inci halia
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
Cara Memasak:-
Ayam dipotong dan dibersihkan. Perap ayam selama 2 jam dengan kicap, sos tiram, sos tomato, garam dan jus oren. Masukkan juga lada hitam dan buah badam yang telah ditumbuk tadi. (lagi lama perap lagi bagus). Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan bealcan dan sedikit garam lagi serta serbuk perasa. Masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan ayam yang telah diperap tadi. Gaul rata dan kacau seketika. Biarkan ayam masak dan kuah agak kering. Angkat.


Akak perap 1 1/2 ekor ayam...pasal semua ada kat rumah. Separuh masak macam resepi di atas dan separuh lagi akak goreng...tapi tak ada gambarlah pulak..anak dara bawak kamera gi ke kolej masa tu.

Kerang Cili Sangai

Nak perhabiskan pes cili sangai...akak masaklah bersama kerang..senang aje masak macam ni..tak yah pakai cili sos pun.

Rendam kerang dulu bersama air garam....pastu tos dan rebus tanpa air...bila dah masak/terbukak masukkan pes cili sangai, sedikit garan dan gula. Gaul sebentar dan bolehlah di angkat..Dah tinggal sikit baru nak ambil gambar.


pes cili sangai yang tak habis-habis lagi..

Buat tag yang tertunda

Baru nak jawab tag...ada 2 lagi tag tak buat...buat tag yang di beri oleh si nina (sweetlilys) di johor...taukeh kek.

1. Nama-nama timangan anda?
Nama timbangan akak...ina...lina...family panggil angah...kat belah hb panggil mak uda..sekarang ni kat blog bahasakan diri kak ina kl.

2. Anda seorang yang??
Akak memang se orang yang sensitif...kuat melalak...tak sabar pun ye...cepat naik darah pun ye...suka menjerit macam tarzan bila dah terlampau geram.

3. Insan yang teristimewa??
Ibu bapa akaklah ...suami dan anak-anak...

Describe apa yang membuatkan dia terlalu intimewa dimata anda?
Sebab mereka membesarkan akak .... suami yang bertanggungjawab (syukur) ...dia tak pernah marah dan naikkan suara...akak yang selalu naikkan suara...(tak balance sungguh) .dan anak-anak yang membahagiakan akak walaupun kadang-kadang menyakitkan hati.

4. Lagu kesukaan anda??
Tentulah lagu sentimental...no heavy metal/rock kapak..tak suka lagu memekak...anak lelaki dan hb sukalah pulak lagu macam tu..

5. Makanan kesukaan anda??
Dulu suka makan masak asam pedas dan sayur masak lodeh...sekarang ni makan ajelah apa yang telah di masak..kang kelaparanlah pulak.

6. Warna kesukaan anda??
Tentulah warna yang lembut seperti pink, light blue dan light green.

7. Sikap yg membuatkan anda Stress??
Kadang-kadang bila duit dalam purse tinggal sikit dan tenguk kelakuan anak-anak yang bermacam ragam.

8. 3 benda yang mseti ade dalam Beg anda??
Mestilah purse dan handphone...lagi satu tisu.

9. Kali terakhir anda menangis dan mengapa??
Lama dah tak menangis...ashik suka hati aje....rasanya yang terakhir dalam bulan januari kot bila anak masuk asrama dan pastu dia nak balik...tak nak duduk kat situ..siap bagi surat..akak tak tahan terus menangis depan dia..sekarang ni alhamdulliah dia dah okey.

10. TAG 6 Rakan anda...nak suruh cari ni yang payah...dah ramai dah buat tag ni.

1. nj di http://purpleheart-nj.blogspot.com/
2. eiyda di http://eiydaziz.blogspot.com/
3. daydack86 di http://daydeck86.blogspot.com/
4. kak intan di http://jariintanku.blogspot.com/
5. noorma di http://cendanakasih.blogspot.com/
6.
ielaz di http://sakuraku.blogspot.com/

Jawab jangan tak jawab ye..

Sabtu, Jun 27, 2009

Hari Istimewa

Hari Jumaat kat sekolah imran ada hari terbuka...ala ambil report card.....lepas hantar imran akak tak balik..malas nak ulang alik...sementara tunggu pukul 8.00 pagi..lepak kat kantin sekolah.

Lagi 10 minit nak pukul 8.00 pagi..akak gilah ke kelas dia..nasib baiklah ibubapa tak ramai...akak dapat giliran no 3. Lepas bertanya tentang hal imran..sain report card..imran dah boleh balik...kami pergi ke tempat service kereta di seri gombak...lepas tu suruh firdaus datang ambik akak ...takkan nak tunggu kat situ..mesti servis berjam-jam.

Sampai kat rumah kak intan call..bagi tau nak datang....rumah bersepah..nasib baik ada yana tolong kemas. ..Akak bancuh dan baking kek untuk di deco....Baru aje masukkan kek dalam oven talipon berbunyi...ruper dari courier...mereka tak jumpa rumah akak..terpaksalah akak suruh tunggu kat masjid saidina ali.. suruh yana tengukkan kek..akak pergi ambik barang dulu..tenguk minyak kereta dah cecah ke paras merah...gi isi minyak kat shell di greenwood dulu dan lepas tu ke kedai beli barang nak masak dan kuih nak jamu kak intan.

Alhamdulliah..tak ada barang yang pecah...tq tukang pengirim.

Baru aje sampai kat rumah...kak intan call .. dah dekat sampai...akak gi ambil kak intan kat rumah member dia..kak intan datang dengan anak kedua dia..sebenarnya semalam wawa ada kirimkan barang buat kak intan...akak rogerlah dia..maaf ye kak intan..tak siapkan apa pun cuma siapkan air dan kuih yang di beli di kedai..kak intan nak cepat...anak dia nak kerja.

Buat kek tapi akak potong-potong masukkan ke dalam bekas ramekin..jadikan ala-ala cupcakes....buat semua ni pasal nak sambut hari jadi dan hari bapa untuk suami akak..terhasillah deco yang comot ni...oleh sebab suami suka main bowling kononnya nak deko lah buah bowling..tapi masing-masing keras tangan..terukkan bentuk dia...tak apalah...janji ada bentuk udahlah..(nak sedapkan hati...jangan gelakkan hasil kerja yana dan akak ye)

Memang tak kreatif betul...lagi satu akak kurang minat nak deco atas cc...suka deco atas kek..lecehlah..

Olh sebab lupa nak beli plastik aising nak tulis tulisan dan deco cc ni.......pastu semua malas nak keluar.... ...akak pakai plastik biasa...padan dengan muka akak...teruk betul tulisan dan hasil deko. Memang kena pakai plastik asing tu..lebih kemas...

Bila dengar kereta suami akak parking kat luar...suruh imran buat surprise....

Terkezut suami akak...tak sempat nak letak stokin lagi...kami nyanyikan lagu selamat hari jadi...walaupun akak sibuk dan penat .. tapi akak senang hati...semua yang di plan menjadi.


Selamat Hari Jadi Suamiku Semuga Jodoh Kita Kekal Sehingga Ke Akhir Hayat Dan Selamat Hari Bapa. Terima Kasih Di Atas Segala Yang Telah Abang Berikan Selama Ini.

Jumaat, Jun 26, 2009

Jumpa member blog yang jauh di rantau

terbukak aje pintu lift dari basement terdengarlah lagu ghazal..rupernya ada kumpulan ghazal tengah main lagu tu....

Rupernya ada hari kualiti pdrm...patutlah ramai polis kat area tu...

Sempat jugak akak jejalan kat ruang pameran...ada motor besar..bestnya kalau dapat merempit naik motor ni dengan suami akak...berangan aje..mahal tau..tak mampu...

Canggih kereta polis ni..kalau kejar penjenayah payahlah nak lari...

Kat dalam kereta polis..banyak anak muda yang masuk tenguk kat dalam ni...

Tentu member cyber ada kenal dengan muka budak ni..

Anak dara sapelah ni....sebelah kiri anak dara si fiza nordin...sebelah kanan anak dara sepelah ni..cuba teka...

Anak fiza bad mood sebab tak dapat main ice skating....budak perempuan tu pulak anak ?????

Kenal tak dengan tuan punya badan...macam arablah muka dia...cun pulak tu..ashik tersenyum aje......bezanya muka akak dengan minah ni...cuba teka sape dia...
?
?
?
?
?
?
?
?

Jeng..jeng...mek arab yang baru balik dari kuwait tu ...si wawa ...di http://umairaqayyim.blogspot.com/....comel si umaira dan si qayyim....suami wawa pun ada juga tapi lepas tu dia gi jumpa member dia pulak....

bila wawa kata nak balik malaysia.. akak teringin nak jumpa dia...selama ni saling menyapa di shoutbox aje..teringinlah nak jumpa di alam realiti.....akak bagi no tel kat email dan bila wawa call kata nak turun ke sini...pucuk di cinta ulam mendatang ... dia stay kat hotel di sunway ..kami cadang nak jumpa di sunway pyramid aje....

Minah ni memang senang nak ajak gath...sayangnya ada jugak member-member yang tak dapat join..al maklumlah masing-masing ada hal...akak dan fiza ni fully housewife....senang nak gi mana-mana..betul tak fiza...seronok betul bersembang dengan si wawa...nasib baiklah mulut dia pot pet..pot pet..macam kami jugak..Terima kasih ye wawa...sebab sponsor kami ... semuga bertambahlah rezeki kamu.

Kami lepak sambil makan....tapi rasanya cepat sangat masa berlalu..terasa sekejap aje pertemuan dengan si wawa ...tak puas rasanya..tapi nak buat camna kan..akak terpaksa balik nak ambil si imran kat sekolah dia dan fiza kena balik sebelum suami dia balik kerja.

Anak wawa yang sporting..si umairah tengah pujuk anak si fiza..baby..sapelah nama betul anak dia ni...Maaflah ye wawa..jika ada salah dan silap masa berborak-borak semalam tu dan terima kasih bagi cenderahati kat kami. Si wawa ni lama lagi di malaysia...sape nak jumpa bolehlah...tapi nun di ipoh ataupun di pulau pinang. Semuga pertemuan ni akan berulang kembali. Kalau turun ke sini..roger-rogerlah ye wawa.

Sampai rumah dah petang...masak sardin pun sedap...senang di masak..sedap di makan...
tumis bawang merah, bawang putih, halia dan sedikit cili api. Masukkan sardin..tambah air asam..pastu bubuh sos tomato sikit dan kicap berserta garam. Masukkan hirisan bawang besar dan cili hidup...rasa garam dan tutuplah api.

Masak kobis masak air....bubuh telur hancur..yang ni anak dara akak masak.

Khamis, Jun 25, 2009

Jumpa member blog dan macam-macam cerita ceriti

Semalam lepas ambil imran di sekolah dalam pukul 4.00 petang akak gilah ke rumah akak di seri kembangan...sebelum tu saje aje main-main dengan si noorma di http://cendanakasih.blogspot.com/ (blog yang banyak resepi) kata nak datang umah dia...nasibbaiklah dia jemput datang.....pasal nak gi rumah akak memang lalu depan rumah dia...

Bila sampai kat esso akak call tapi tak dapat-dapat...dia ada bagitau jangan call tapi hantar msg...akak ni terlupa...akak hantar msg dan terus ke rumah akak dulu...baru aje parking dia call...tak apalah akak naik rumah akak dulu...suruh imran mandi dan solat dulu..

sebelum ambil gambar ... minta kebenaran nak masukkan muka dia dalam blog...nasib baik dia nak...klu idak ambik gambar tangan dia udahlah...tq ye noorma sudi nak berposing berdua..bezakanlah badan kami berdua...ahakkk

Dalam pukul 6.00 ptg barulah bertolak balik ke rumah dia....alhamdulliah dia dah ada kat rumah...kesianlah dengan noorma...dia kelam kelibut nak sambut akak..siap goreng mee dan buat puff ..sempat jugak dia masak ..walaupun dia penat mengemas dan keluar gi ke bukit antarabangsa...si imran dengan tak malunya siap menambah....mak sedaplah mee achik tu...budak-budak tak cakap bohong tau noorma...maknanya masakan kamu ada class..dalam rumah pun lawa....

Terharu rasa di hati dia tau akak minat pinggan lama...dia hadiahkan akak pinggan ni...memang akak nak cari bunga kekwa merah ni..pasal baru dapat satu pinggan makan...dia bagi piring 2 biji..pastu satu pinggan makan bunga ros hitam...gambar tu nanti akak tunjuk kat blog pinggan mangkuk ye......dengan hati yang penuh gembira akak tadahkan tangan terima pemberian dari noorma.....alahai malunya...dahlah datang dengan tangan kosong...dapat pulak hadiah lagi...terima kasih ye noorma...kalau ada bagi lagi...hi....hi...hi..

Sampai kolej yana dah dekat pukul 7.00 petang...dalam perjalanan akak dah call suruh angkut segala barang dia ke bawah...kang nak mengangkat dari tingkat 4....tak larat akak nak turun naik...

Nilah kolej ktt tempat yana study dan ambil a level/kursus bahasa ....

Pejam celik...pejam celik nak dekat 2 tahunlah dia duduk kat sini...walaupun tempat ni tak memuaskan .....sebab macam rumah kedai...kat atas tu asrama .... tapi tak boleh komen tau...jpa yang hantar...

Kat bawah nilah library...pejabat...cafe...oleh sebab tak muat terpaksalah budak-budak lain duduk kat rumah teres yang di sewa oleh pihak kolej....satu rumah 2 tingkat..kena duduk 10 orang..selalunya pelajar baru yang kena duduk situ....lepas senior keluar.... barulah yana dapat duduk kat asrama atas kolej ni...sebenarnya nak tunjuk pada NUR NINA dari Perak yang akan belajar kat sini pada bulan Julai nanti...harap nina puas hati ye tenguk gambar ni..dan selamat berjaya menghadapi peperiksaan a level sebelum gi ambil medic di india..

Lepas tu terus pecut ke bandar baru bangi....seksyen 7 .....dah janji nak jumpa encik nasir ...yang bukak kedai perabut dari indonesia...dan juga jual pinggan mangkuk lama...

Nasib baiklah anak akak ada sistem gps..jadi tak lah mengelabah nak cari tempat encik nasir ni..pasal akak memang tak berapa pandai jalan kat sini...ni tangga nak naik ke kedai cik nasir..macam-macam ada..

Suasana dalam kedai ni...gelaplah sikit gambar...kalau sape yang minat gaya bali/nusantara bolehlah gi ke sini...banyak pilihan...nak beli pinggan mangkuk boleh...nak beli perabut pun boleh...sesape yang berkenan...bolehlah ke laman web beliau.....http://mrorchidbangi.com/ ataupun http://pingganlama.wordpress.com/ harga boleh di runding...betul tak encik nasir..

Gambar ni gelap sedikit..

Yana dan imran kebosanan menunggu mak dia cari pinggan lama..kata sekejap...rupernya lama..kononnya lepas ke sini nak ke kedai bakeri vanilla di bbb tu ... noorma kata cari improver 2000...nak bagi roti lembut...tak sempatlah pulak..kedai dah tutup...encik nasir suruh isi borang kasi selidiklah pulak..kalau ada rezeki dapatlah hadiah melancung...

Nilah harta karun yang akak beli...rupernya tak mahallah encik nasir jual...sebab tu akak booked lagi barang kat tempat dia...dia boleh bertolak ansur....jangan jual ye apa yang akak nak booked tu tau encik nasir....akak nak tunggu duit dalam dompet kembung balik...akak tak beli banyak...sebab belum gaji...tak apa...nanti nak gi lagi...dah tahu kedai senanglah sikit. Gambar pinggan ni akak tunjuk kat blog lagi satu. Lagi pun nak tolong peniaga bumiputra berniaga (betul tak alasan akak tu...ashik beli kat apek cina aje)

Dalam pukul 9.00 barulah urusan selesai...perut akak dan anak-anak dah lapar... jalan-jalan cari makanlah pulak..call adik ipar yang tinggal kat bukit mahkota, nilai...mana tempat yang best kat area bbb ni..dia kata cari jalan nak ke tol kajang ... ada satu tempat makan nama soho...macam-macam ada kat situ..

Jumpa kedai makan ni tapi kat seberang jalan...nak u turn tak boleh..terpaksa msk ke highway nak gi ke uniten..pastu tak jumpa jalan nak ke sini balik.kalau tak jumpa jalan..akak dah cadang kita makan aje dikuala lumpur......nasib baik ada gps yang menyelamatkan keadaan...rupernya ada satu jalan nak ke situ...order abc dan terliur pulak tenguk iklan tahu bakar. Nasib baik sedap.

Akak call anak sulung akak yang ada kat kolej gmi di bbb dan suruh datang join kami...dia mintak chicken chop sama macam si imran makan. Orderkan suami akak puyuh goreng masak kicap dan nasi putih..al maklumlah hari ni cuti masak..sekali-sekali tak apalah....apa-apa pun enjoylah semalam walaupun penat...... (ala..anak akak yang bawak kereta...akak melentuk aje kat sebelah) sampai kat rumah nak dekat pukul 11.00 malam...nasib baik akak sampai dulu dari suami akak..setiap rabu dia main bowling tajaan office dia..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...