OOO

Sabtu, Jun 13, 2009

Ayam sambal petai

Ambil dari majalah saji jugak...tak nampaklah pulak ayam ni...akak buat 1/2 sahaja dari resepi ni..dah masak dah lama...baru terjumpa gambar dia...

Bahan-bahan

  • 1 kg ayam (di potong kecil dan dibersih ..pastu tos)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • sedikit garam

Bahan Pes

  • 30 tangkai cili kering (kisar)
  • 15 ulas bawang merah (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 100gm minyak masak(akak agak-agak)
  • 175ml santan
  • sedikit air asam jawa
  • 30 gm tomato-akak letak 1 biji belah 4
  • 30gm petai-guna 1 papan aje

Cara menyediakannya

1. Lumur ayam bersama serbuk kunyit, garam dan goreng sehinga garing. Ketepikan.
2. Dalam kuali yang lain panaskan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar dan kemudian masukkan pes cili dan biarkan sampai pecah minyak.
3. Masukkan ayam, santan, sedikit air asam jawa , tomato dan petai.
4. Masak di atas api yang sederhana, dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Kacau rata dan angkat setelah masak.

6 ulasan:

  1. kak..bila nak jmput dtg makan kt umah akak nie..asik tgk gambo jew..hehehehe

    BalasPadam
  2. bleh cuba try ni...selalu masakn mix mcm ni..petai tu.. sah2 tinggal bergolek! ayam hilang disapu anak2..hu..hu..

    BalasPadam
  3. Adui sedapnye sambal berpetai nie... kite suka petai nie tp lepas makan jgn lupe gosok gigi.hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...