Memang rindu nak update...tapi ponek tak hilang-hilang lagi...badan rasa tak sedaplah pulak..almaklumlah badan dah tua ..ibarat dialog p. ramlee....dah tua nak ma*pu*..tak sedar diri...bukan akak cakap ye...
Yang paling tak tahan pasal mata ni susah sangat nak bukak....ada member blog yang baru sampai dari jauh pun akak tak sempat nak jumpa...reenaz turun ke kl..akak pulak ke kota bharu...tak ada jodoh nak jumpa...dia dah nak check out nak gi ke seremban dan lepas tu pulang ke johor bharu.....kesian dia...hajat nak makan masakan akak tak tercapai...akak memang tak masak hari selasa tu ...kami makan nasi goreng aje..tu pun suruh yana yang goreng nasi.......kesian reenaz...akak minta maaf ye banyak-banyak..
..sampai kat kuala lumpur pukul 1.15 pagi...ni gara-gara adik akak nak balik ikut jalan kuala terengganu-cherating-lebuhraya timur barat...jalan-jalan katanya...ada anak-anak dia tak pernah gi ke kuala terengganu se umur hidup..last akak pergi ke kota bharu sebelum ada imran.
Hari Pertama
Janji nak tolak selepas subuh..akak memang dah siap dah...sarapan pun ala kadar.. nak ikut orang mana boleh lambat kan....lagi pun suami dan anak-anak tak ada..tunggu punya tunggu tak sampai-sampai lagi adik akak ni..nilah di katakan janji melayu...dalam pukul 7.30 barulah dia sampai dari shah alam.
Adik akak salahkan isteri dia ..katanya isteri dia masaklah...sidai bajulah (biasalah tu..orang lelaki ni mana nak salahkan diri dia) bukannya dia nak menolong..tapi membebel aje kerjanya.
Adik jadi pandu kereta dari gombak ke lipis...akak tak beranilah bawak jalan kat lebuhraya karak tu...dulu berani sekarang ni rasa gerun pulak tenguk jalan turun bukit naik bukit .
Bila sampai kat jalan turun bukit naik bukit (luperlah pulak apa ke nama jalan tu) ada motor langgar belakang kereta iswara..nasib baik pemandu dan pemboceng tak apa-apa..cuma rim tayar bengkok....dan mereka tergolek kat jalan raya..cedera tak cedera akak tak perasan.
mana tak accident...dia potong kereta kami sambil berborak...tangan tunjuk sana...tunjuk sini...bila lori nak naik bukit tinggi terpaksalah kereta kat belakang brake..mamat ni tak perasan agaknya..langsung di langgar belakang kereta tu..kebetulan kereta kami kat belakang dia.....nasib baik jugak akak bawak tak laju dan akak sempat brake..anak-anak buah dalam kereta menjerit kuat...berderau darah akak.......kalau laju tentu akak dah langgar mamat tu....(kalau idak dah jadi arwah) nanti kami jugak yang susah..
tapi tak sempat nak snap sebab akak yang pandu kereta. Nasiblah kereta iswara nak berhenti..tapi sakit lah jugak nak tolak motor naik bukit dan turun bukit...
pemandangan dari bilik di tingkat 3
Alhamdulliah selamat sampai kat hotel dalam pukul 2.00 lebih...kami berehat di hotel ummi..dulu di panggil hotel aman....kami dapat bilik pun di tingkat 3...pengsan di buatnya turun naik tangga. Tak ada lift pulak tu....kesian dengan mak akak..tapi rajin pulak dia gi solat kat masjid kat bawah tu. Luper nak ambil gambar hotel...
Tak banyak perubahan di kota bharu ni...cuma sekarang ni di tepi sungai tepi medan selera dah ada hotel dan bangunan baru.
Bila dah lepak sekejap akak call dj fiza (kelantan fm) http://fizaicookies.blogspot.com/ nak jumpa petang nanti.. ingat nak jumpa jugak dj linn tapi dia ada hal lah pulak. Takziah buat dj linn kerna kematian arwah bapa mertua. Cun jugak si fiza ni...single mingle lagi..putih melepak...
Bila dah lepak sekejap akak call dj fiza (kelantan fm) http://fizaicookies.blogspot.com/ nak jumpa petang nanti.. ingat nak jumpa jugak dj linn tapi dia ada hal lah pulak. Takziah buat dj linn kerna kematian arwah bapa mertua. Cun jugak si fiza ni...single mingle lagi..putih melepak...

Adik kak chik yang peramah jugak..agaknya muka kak chik ni sama tak dengan muka adik dia.....(gambar ni ambil kat blog kak chik jugak)

bersambung....

Salam kak ina,
BalasPadamsaya paham camner rasenyer penat kak ina tu. Saya kalo balik kg gitulah. 2, 3hari br rasa ok. Gitulah kalo kg jauh...
jauh k.ina jalan..ade jumpa blogger gak..rehat ar dulu k.ina..nanti dah okeh leh hapdet laju2 tau
BalasPadamSalam kak ina....
BalasPadamdah agak dah akak jumpa sapa kat KB.....
kak chikkkkkkk...kak inaaaaa.....
TC jelesssssss.....
:)
Salam kak ina,,
BalasPadamwa best nyer jumpa member2 blog'
mesti penat jalan jauh-jauh. tapi seronok mesti ada kan?
BalasPadamsalam kak ina.... wahhhhhhh... seronok pegi jalan2 siap jumpa member blog lagi kan... Mesti hepi kan
BalasPadamsalam kak ina..
BalasPadamwahh bestnyer dpt jenjalan ke kota bharu..paling best dapat jumpa member blogger kt sana tu..kalau diizinkan ada rezeki nak jugak eiyda jumpa ngan kak ina..;)
akak, nanti datang kb, bolehlah kita makan bersama ya. rasa terkilan sikit tak dapat jamu akak dan fiza makan hari tu.
BalasPadamterima kasih banyak ya kak ina sebab sudi nak ke gerai kakchik untuk berjumpa. Allah takdirkan akak datang maka kakchik pun dapat berjumpa dengan fiza juga.