OOO

Jumaat, Oktober 16, 2009

Resepi Masak Asam Tumis Ikan Parang

 Dah jemu makan ayam dan daging..masak pulak lauk ni...wah bestlah..tapi kan ikan parang kan banyak tulang..jadi kena hati-hati bila makan ye...

Bahan-bahan
  • se ekor ikan parang sederhana besar-potong 3-bersihkan
  • 5 batang daun kesum-diambil daun
  • 2 batang bunga kantan-di potong 2
  • 2 biji tomato-1 biji di dadu halus, 1 biji lagi belah 4
  • 4 biji bendi
  • 1-2  cawan air asam jawa
  • 2 batang serai di titik
  • minyak masak secukupnya
  • garam
Bahan yang di kisar/tumbuk
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 5 ulas bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit lada hitam
  • 2 cm halia
  • 2 cm belacan
Bahan tumis
  • 2 biji bawang kecil di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris
  • 1 sudu teh halba campur
Cara-cara

1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi sehingga sebati. Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar. Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api sederhana. Masukkan garam.
3. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air terpulang kepada tuan punya diri samada nak cair atau pun pekat.
4. Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan perasakan garam dan biarkan kuah pekat sedikit.
5. Kemudian masukkan daun kesum, bendi, bunga kantan dan tomato. 
Biarkan sebentar dan rasa garam dan asam barulah dipadamkan api.
6. Siap untuk di makan.

7 ulasan:

  1. Cool recipe!!! Ikan parang best...tapi byk tulang la... XD

    BalasPadam
  2. ikan parang msk asam pedas mmg sedap!

    BalasPadam
  3. salam kak ina...

    yalah..ikan parang masak asam pedas memang sedap..tapi ima tak berani nak beli ikan nih, takut anak2 termakan tulangnya...huhu mintak kak ina punyalah cikit..hihihi

    BalasPadam
  4. wah.. sedap nya.. eemmm nak copy resipi la

    BalasPadam
  5. hai kennee..memanglah byk tulang..tapi banyak best oooo



    salam ain..memang sodaplah ain..


    salam ima..anak akak tak sentuh pun..yang makan cuma kami suami isteri ajer..


    salam cutemiut..cubalah..pastu bagi feedback ye.

    salam nurmalissa..memang sedap..cubalah..

    BalasPadam
  6. salam kak ina,
    niza dah cuba resepi kak ina ni.
    asben suka tau! niza pun hepi jgk cos dpt tambat selera yg tersayang :)

    thanks's kak ina cos kongsi resepi ini :)))

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...