OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi asam pedas ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi asam pedas ikan. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 09, 2018

CARA MASAK ASAM PEDAS IKAN

Assalamualaikum semua

Bagi orang Melaka dan Johor menu asam pedas memang ada dalam seminggu, samada 1 atau 2 kali.

Paling di gemari ialah ikan parang, ikan pari, ikan pelaling, ikan selar, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan jenahak.

Kepala ikan yang paling sedap tau, tapi ada ramai yang tak suka.  Kalau nak makan kat kedai sekarang ni mahal bebeno lauk asam pedas ikan ni, terutama ikan tenggiri, ikan parang dan ikan pari.

Tak salahkan peniaga sebab harga ikan di pasar ikan tu dah harga 20-40 ringgit se kilo.

Bagi akak setakat asam pedas satu keping ikan dekat belas atau puluh ringgit memang agak mahal, kalau orang lain yang mampu mungkin kata sekali sekali layan tekak tak apa.

Akak lebih suka masak sendiri sebab bukan susah sangat pun nak buat janji ada stok ikan dan cili kisar dalam peti sejuk.



Bahan-Bahannya

  • 3 ketul ikan parang
  • 5 sudu makan cili yang telah dikisar
  • 7 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan
  • secekak daun kesum
  • 1 btg bunga kantan(di belah dua)
  • 1 biji tomato(sebelah di cincang halus)
  • 6 batang bendi
  • Daun limau purut
  • Garam, sedikit gula/gula melaka dan 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Minyak, air dan air asam jawa.
Cara-Cara
  1. Tumbuk atau kisar bawang kecil, bawang putih,halia, belacan dan kunyit hidup.
  2. Panaskan minyak tumis bahan yang telah dikisar.
  3. Setelah naik bau, masukkan pula cili yang telah dikisar berserta tomato yang telah dicincang. Masukkan garam.
  4. Masukkan juga serbuk kunyit. Perlahankan api sampai cili masak.
  5. Setelah cili masak, masukkan air asam jawa.
  6. Setelah mendidih masukkan ikan kembung, daun limau purut, bunga kantan, bendi, gula, garam dan tomato.
  7. Tunggu sebentar, rasa dulu baru tutup api dan boleh di hidangkan.

Khamis, Jun 30, 2016

Asam Pedas Ikan Parang Dan Telur Ikan

Assalammualikum dan selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia.

Bila dah tinggal bertiga memang terasa sunyi rumah kami yang dulunya hiruk pikuk suasanannya.  Bila ada anak dan cucu balik barulah hilang rasa sunyi.

Begitulah perasaan orang tua kita yang tinggal di kampung yang kesunyian terutama bila kehilangan suami/isteri tersayang.

Dah tentu mereka mengharapkan kepulangan anak menantu serta cucu kesayangan untuk pulang terutama di hari raya aidil fitri yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi.
Bila jumpa telur dalam perut ikan parang, memang terasa happy sungguh walaupun di kira harga berlainan daripada isi ikan, tak apalah kan, janji sedap punya pasal.

Daun kesum dan bendi tu hasil dari kebun sekangkang kera akak kat tepi rumah.


Bahan-bahan
3 potong ikan parang/telur ikan parang
5 batang daun kesum-diambil daun 
2 batang bunga kantan-di potong 2 
4 biji bendi 
2-3  cawan air asam jawa-secukup rasa
2 batang serai di titik 
sedikit gula  

sedikit belacan
minyak masak dan garam  secukupnya


Bahan yang di kisar/tumbuk
8 sudu makan cili kisar
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2cm kunyit hidup/sedikit kunyit serbuk  

2 cm halia
2 cm belacan 


Bahan tumis
2 biji bawang kecil di hiris
1 biji bawang putih di hiris
1 sudu teh halba campur


Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi sehingga sebati.  Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar. 
Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api sederhana kecil.  Masukkan garam.
3. Masukkan pula air asam jawa.Biarkan seketika kemudian masukkan air secukupnya..
4. Bila kuah mendidih baru masukkan ikan, telur ikan dan perasakan gula serta garam,  biarkan kuah pekat sedikit.
5. Kemudian masukkan daun kesum, bendi dan  bunga kantan. 
Biarkan sebentar dan rasa garam dan asam barulah dipadamkan api. 

6. Siap untuk di makan.

Jumaat, Oktober 16, 2009

Resepi Masak Asam Tumis Ikan Parang

 Dah jemu makan ayam dan daging..masak pulak lauk ni...wah bestlah..tapi kan ikan parang kan banyak tulang..jadi kena hati-hati bila makan ye...

Bahan-bahan
  • se ekor ikan parang sederhana besar-potong 3-bersihkan
  • 5 batang daun kesum-diambil daun
  • 2 batang bunga kantan-di potong 2
  • 2 biji tomato-1 biji di dadu halus, 1 biji lagi belah 4
  • 4 biji bendi
  • 1-2  cawan air asam jawa
  • 2 batang serai di titik
  • minyak masak secukupnya
  • garam
Bahan yang di kisar/tumbuk
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 5 ulas bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit lada hitam
  • 2 cm halia
  • 2 cm belacan
Bahan tumis
  • 2 biji bawang kecil di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris
  • 1 sudu teh halba campur
Cara-cara

1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi sehingga sebati. Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar. Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api sederhana. Masukkan garam.
3. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air terpulang kepada tuan punya diri samada nak cair atau pun pekat.
4. Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan perasakan garam dan biarkan kuah pekat sedikit.
5. Kemudian masukkan daun kesum, bendi, bunga kantan dan tomato. 
Biarkan sebentar dan rasa garam dan asam barulah dipadamkan api.
6. Siap untuk di makan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...