OOO

Memaparkan catatan dengan label masakan ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan ikan. Papar semua catatan

Selasa, Mei 27, 2014

Resepi Ikan Cencaru Goreng Sumbat Sambal

Assalammualaikum
Bahan Utama
  • 5 ekor ikan cencaru di belah belakang.
Cara hendak membuatnya 
  • Bersihkan dan perap dengan jus limau kasturi sebentar dan toskan.
  • Lumur dengan serbuk kunyit dan garam.
  • Masukkan sambal ke dalam ikan dan goreng dalam minyak yang banyak


Untuk Sambal (akak gandakan 2 kali) 
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah keriting
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kabung
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 bji limau-ambil jus-seeloknya limau purut
  • 1 sudu besar belacan
  • sedikit minyak
Cara menyediakan sambal
1. Panaskan sedikit minyak, goreng cili, bawang dan tomato.
2. Setelah semuanya hampir garing, masukkan belacan, Toskan semua bahan gorengan dan tumbuk lumat bersama gula dan garam. (Akak pakai f/p ajer)
3. Akhir sekali perahkan jus limau purut/kasturi/nipis. Pastu sumbat dalam ikan guna sudu. Kalau tangan tu power tak pijar ..guna ajer tangan.

Khamis, Januari 17, 2013

Lauk Ikan Percik Lagi

Assalammualaikum


Ashiklah resepi ikan percik kan..tak apalah..ada pula pengomen kata resepi recycle.  Ala suka hati akaklah kan..mana lauk yang akak suka akak letaklah resepi kat blog..janji gambar tak sama kannn.

Kalau dah jadi blogger ni macam-macam orang kutuk akak ni..sakit hati ada..geram pun ada..sampai akak menangis pun ada.  Al maklumlah bila dah berusia memang senang air mata mengalir bila hati terasa di sentap dengan kata-kata yang menikam kalbu.

Memang begitulah lumrah manusia..ada ajer yang tak kena di mata mereka..rambut sama hitam tapi hati lain-lain.  Bukan akak tak boleh di tegur ..tapi cubalah  tegur dengan menggunakan nama..jangan gunakan anon/tanpa nama.  Alahai terlebih sudahhhhhhhh

Bahan-bahan: 

4 ekor ikan kembung
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai-akak tambah satu lagi
3 hiris lengkuas
1 mangkuk santan pekat
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras
5 tangkai cili kering, direndam -akak letak 3 sudu makan cili kisar
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa -tukar ke satu gelang kecil gula kelantan (gula nisan)
 
* Menurutnya org Kelantan suka manis, so should add extra sugar but I adjusted according to my tastebud.

Cara-cara
1. Ikan dibersihkan, dikelar-kelar dan dilumur dengan sedikit garam. (akak lumur sekali dengan lada hitam serbuk).   Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yang lelainnya.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
 6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.

Jumaat, Oktober 16, 2009

Resepi Masak Asam Tumis Ikan Parang

 Dah jemu makan ayam dan daging..masak pulak lauk ni...wah bestlah..tapi kan ikan parang kan banyak tulang..jadi kena hati-hati bila makan ye...

Bahan-bahan
  • se ekor ikan parang sederhana besar-potong 3-bersihkan
  • 5 batang daun kesum-diambil daun
  • 2 batang bunga kantan-di potong 2
  • 2 biji tomato-1 biji di dadu halus, 1 biji lagi belah 4
  • 4 biji bendi
  • 1-2  cawan air asam jawa
  • 2 batang serai di titik
  • minyak masak secukupnya
  • garam
Bahan yang di kisar/tumbuk
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 5 ulas bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit lada hitam
  • 2 cm halia
  • 2 cm belacan
Bahan tumis
  • 2 biji bawang kecil di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris
  • 1 sudu teh halba campur
Cara-cara

1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi sehingga sebati. Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar. Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api sederhana. Masukkan garam.
3. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air terpulang kepada tuan punya diri samada nak cair atau pun pekat.
4. Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan perasakan garam dan biarkan kuah pekat sedikit.
5. Kemudian masukkan daun kesum, bendi, bunga kantan dan tomato. 
Biarkan sebentar dan rasa garam dan asam barulah dipadamkan api.
6. Siap untuk di makan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...