OOO

Isnin, Mac 01, 2010

Kesian kan Anak Kecil Itu

Kesian kan dengan budak kecik yang kena siksa tu...
Akak geram sungguh dengan lelaki  yang tak punyer otak dan perasaan ..mungkin masa dia pukul budak tu..dia masih lagi di bawah pengaruh dadah.

Apa yang akak hairan.... kenapalah masa budak tu kena pukul ...orang yang melihat kejadian tu tak nak menolong langsung...
Alasannya tak mau masuk campur atau pun di ugut supaya jangan campur urusan kami....
Takkanlah kita tenguk depan mata kita sendiri ...kita boleh diamkan...tak kesian ker bila tubuh yang kecil tu di tendang dan di terajang macam bola...tentu anak kecil tu menangis sayu meminta tolong...takkan tak tersentuh hati mereka yang mendengarnya..

..tulah masyarakat sekarang..(bukan semua).semua tak boleh di tegur.bila tegur ajer....perkataan..yang selalu di gunakan..

  • jangan busy body boleh tak...
  • jangan masuk campur boleh tak...
  • ikut sukerlah..kubur masing-masing
  • ala..mak bapak kita orang pun tak bising..menyibuk ajer achik ni..
Kalau akaklah ada di tempat kejadian akak ajak ibu-ibu/penduduk kat situ  bawak kayu hentam lelaki yang tak guna tu....kalau dah ramai takkan dia boleh buat apa....biar dia rasa camner sakitnya bila di tendang/dipukul/ di terajang.....kalau takut sangartpun cepatlah telipon pihak berkuasa.

Kenapa pula ibu beliau sanggup meninggalkan anak dia kat lelaki tu...sebab mungkin dia ingat lelaki tu baik kot..

kenapa pulak nenek dan datuk dia tak ambil tindakan yang segera selepas mengaku pernah melihat  kesan penderaan kat cucu mereka...apalah mereka berdua ni..tak perihatin sungguh.


atau mungkinkah  anak perempuan mereka tak bagi ibubapa beliau masuk campur dalam urusan beliau...

Kenapa ibubapa ibu kanak-kanak tu boleh biarkan anak perempuan beliau berkawan dengan lelaki camtu..
dan  bapa teman lelaki boleh bersubahat mengatakan anak beliau telah bernikah..padahal mereka belum ada ikatan...bersubahat sungguhlah...
takkanlah ibubapa mak Syafiah ni tak tahu yang anak dia belum bernikah tapi dah tinggal serumah...apa kesss ni...
 geram tak tenguk muker dia ni...
 bila baca dalam suratkhabar hari ni  dan tenguk muka ibu dia ......rasa nak sepak-sepak ajer  muka dia tu..anak sendiri kena dera pun tak tahu...alasan aperkan itu..
takkanlah hari-hari jumpa anak dia..dia boleh tak perasan...bengal bin sengal betullah dia ni..

Sekarang ni kan dah malu besar...habis semua  rahsia terbongkar..biar ibu dan teman lelaki beliau di hukum oleh pihak berkuasa..dan skrg ni barulah nak tunjuk muka sedih..menyampassslah..

Sekarang dah terjadi menangis air mata darah pun tak guna....anak kecil tu takkan hidup kembali..
Al Fatihah buat Allahyarham Syafiah Humairah Sahari..
semuga beliau tenang disana...

22 ulasan:

  1. kak ina, hampir mnegalir air mata masa tgk berita pasal ni..cepat2 peluk e-ein..sayu hati mengenangkan syafia..smpi sekarang !semoga syafia bahagia di sana..kalau dah dunia ni kejam buat dia, eloklah syafia berada dengan Nya..mungkin itu hikmah peristiwa ni, syafia tak disiksa lagi..

    BalasPadam
  2. kemungkinan itu adalh cash dari ALLAH swt atas dunia... sbb zaman ini dibayar tunai... kita boleh jadikan iktibar utk diri kita.. bukan sekadar simpati sahaja.. anak2 zmn sekarang bukan boleh ditegur sprmana kita dulu... kalu ditegur dikatanya kita tak sporting... maha suci ALLAH minta dijauhi dr keturunan kita... dan umat yg lain..amin

    BalasPadam
  3. Al Fatihah. Perbuatan yang kejam pasti akan ada balasannya. Gara-gara anak tak pandai jaga di cop tak guna sudah oleh masyarakat. Padan muka. (woo, maaf kak ina, ne statement kejam)

    BalasPadam
  4. betul tu kak. sedih tengok syafiah diperlakukan sedemikian rupa. kalau saya ada anak, saya akan sayang anak saya. kalau bukan anak pun, kita mesti sayangkan mereka dan takkan buat camtu. memang manusia ni dah semakin hilang perikemanusiaan. KEJAM! semoga Allah memberi balasan setimpal kepada pesalah. amin~

    BalasPadam
  5. sy pon geram..orang dah xboleh nak pk dgn waras..sedangkan boleh..hati binatang..binatang pon xbuat mcm tu..sedih giler ..\

    BalasPadam
  6. tulah kak, saya ckp kat hb saya... mak dia ni bangang kot... belum kahwin boleh bersekedudukan,.. then anak biarjer... takkan tak pernah mandikan anak check badan anak?rasa mcm pelik. org pertama rasa mcm nak terajang mak dialah sbb mcm tak amik tau then BF dia yang kejam tuh... kenapalah manusia kejam sgt. Saya pukul anak sikit pun dah nangis rasa bersalah....inikan org macam tuh sepak terajang anak...kalau depan saya... memang lah takkan nak tgk jer

    BalasPadam
  7. salam kak...
    itulah.mcm2 dah berlaku dlm masyarakat melayu islam kita ni..pincang betul..sedih campur geram baca berita tu..

    tu lah...ramai yg tengok aje budak tu kena pukul...heeeee geram sungguh

    yg si emaknya tu...walaupun sedara mara dok repot laki tu ada dera budak tu..boleh tak percaya??? tak tengok ke kesan2 lebam kat badan budak tu...katanya badan dia memang byk kesan2 lebam kesan penderaan sebelum ni..nenek ngan atuk budak tu kan ada cakap badan budak tu ada kesan cucuh ngan puntung rokok..apa punyer mak lah..tak kan tak perasan masa mandikan budak tu..kann???
    heeeeeeeeeeeee saya lebih nak salahkan mak budak tu jugak...kawan ngan lelaki tak de akhlak..penagih mcm tu!!! anak yg tak berdosa tu yg jadi mangsa

    BalasPadam
  8. kak ye la kan...rupanya mak dia n teman lelaki nya bersekedudukan tanpa nikah dan dapat sorang anak....mungkin gak atuk n nenek dia tak tahu mak n teman lelakinya belum kawin kot kan.....sian safiah jadi mangsa keadaan....sadis sungguh kematian dia.....Al-fatihah

    BalasPadam
  9. mmg sedih dan geram baca dan tengok berita tu. sedih sbb Syafia menderita dan akhirnya menemui ajal dgn cara paling trajis. geram sbb lelaki tu sanggup buat sampai cam gitu skali. emak dia pulak tak kan le tak tau langsung kes tu. tak paham betul! entah2 mak dia terlibat sama...eeeiiiiii!

    BalasPadam
  10. KakIna...Love pun geram betul after reading that news! Feel nak sepak laki n ibu budak kecil tuh! They've just taken away a little life just like that!

    It's our Malaysian mentality..jgn sibuk hal orang lain. But we should act if such an act happens right infront of our eyes! Either stop the act, or call the cops kan. Eeeee I'm still pissed off.

    So pity the little gal, imagine how much pain she would have suffered b4 her last breath! Owh dearie, I pray ur soul rest in peace. :(

    And wish no more peace for those caused ur death.

    BalasPadam
  11. mmm..kina pun buat n3 pasal berita sadis nie. mmg kina bengang bila tgk 1st berita kat tv3..pastu baca lak cerita nih kat surat kabar. benang tahap gaban kina!!

    kina slhkan org kampung yg nmpk kejadian tue tapi wat x tahu. tgk je buat ape kan? bila dah meninggal budak tue baru lah kata saya pernah nampak la..itu lah..ini lah... poyo!

    pastu atok nenek budak tue. dah pernah nmpk cucu tue badan kena cucuk potong rokok bukan nak pergi siasat. nie dengar je kata budak.budak mmg x pandai tipu. tapi kalau diajar tipu oleh mak dia. dia boleh buat.

    mak dia lak...
    dah tahu jantan tu panas baran dan tahu anak dia kena pukul buat ape nak couple dgn org yg mcm tue? dah lah suami masuk jel..curang pulak tue. kina rasa mmg nak sepak2 je mak budak tue. tapi ape kan daya...biar TUHAN yg menghukum kezaliman mereka yg terlibat.

    marilah kita besama2.sedekahkan al-fatihah pada arwah syafiah.

    BalasPadam
  12. kalau boleh jatuh hukum bunuh sewenangnya.. saya nak hukuman tu kena ke atas MAK BUDAK TU.. si HANIM tuh..

    Sebab otak BENGAP/SINGKAT dia yang bersekedudukan dengan JANTAN KEPARAT tu lah makanya perkara semua ni berlaku..

    Kalau iman dia utuh dan teguh, sabar dan tawakal kepada Allah, teruskan kehidupan dengan jalan Islam sebenarnya, perkara ini dapat dielakkan..

    Semoga pompuan tu INSAF dan BERTAUBAT.. TAUBATAN NASUHA... jgn tagih simpati MEMBABI BUTA sebagaimana BUTANYA iman dan mata hati dia terhadap peristiwa yang dia sendiri buka ruang dan peluang utk melaluinya...

    Kifarah Allah pelbagai bentuk.. dan ini salah satu daripadanya.. perlukan kita bersimpati kepada si ibu??.. YA, HANYA JIKA DIA "TAUBATAN NASUHA"!!!...

    namun... akhirat tetap menanti...

    Sabarlah wahai Syafiah Humairah.. nasibmu lebih terbela dlm lindungan Allah di sana... Allah lebih menyayangimu nak.. Dia tak mahu kamu membesar sebagai perawan dgn mempunyai ibu yang berperangai 'haiwan'.. (hanya betina sahaja yg mudah bertukar jantan.. patutla P.Ramlee kata nak cari + kawen dgn PEREMPUAN.. bukan BETINA!!...)

    psstt... maaf kak. saya dh TEROVER kat sini.. tak leh control dah nih!!.. huhuhuhu....

    BalasPadam
  13. Al-fatiha. Semoga arwah Syafiah aman di sana. Semoga suspek di rejam aje sampai mati. x yah bicara2. Dan semoga ibu syafiah tak akan tidor mlm sepanjang hayatnya atas apa yg berlaku ke atas Syafiah!! Tahu beranak, tp x tau jg anak. geram!!!

    BalasPadam
  14. Al fatihah untuk arwah Syafiah.
    Saya pun pelik kak, camna lah orang kat padang tu tak menolong atau cepat bertindak call polis.Diaorangkan ramai, pegang je lah lelaki tuh. Dalam paper boleh lak dengan bangga nye tunjuk tempat kejadian n mintak maaf sebab tak tolong.
    Memang pelik masyarakat kat situ, dah berlaku barulah nak pi conteng rumah lelaki tuh. Berani pulak dengan rumah yg tak boleh melawan tuh.
    Memang keluarga lelaki dan emak syafiah pun pelik2 belaka. Klu dah rasa something wrong ngan cucunya, kenapa berdiam je. Dahlah biarkan anak bersekedudukan.
    Yg mak syafiah pun satu cakap berbelit2. haritu kata lelaki tu pemabuk dsbnya. Habih tu kenapa tinggalkan anak kat org camtuh.Padahal macam2 cerita dalam paper pasal anak2 yg didera/dicabul walaupun oleh bapa sendiri. Inikan pulak orang lain.tetiba dia kata lelaki tu baik lak, setakat belikan baju dikira baik?Takkan tak perasan lebam2 kat badan anak tuh. Lagi pelik kata husband masuk penjara 2006. Tapi anak ketiga dia setahun lebih. Kalau camtuh dia pregnant mungkin sept/oktober 2007. Ntahlah saya salah kira kot.
    Tapi teringatlak kata kawan saya ada hikmah disebalik kejadian ini iaitu supaya ibu syafiah menghentikan perbuatannya itu dan insaf.insya allah

    BalasPadam
  15. ermm...sedih N geram....stupid betuiii manusia itu....

    BalasPadam
  16. mengalir air mata bila baca kisah ni....
    :(

    BalasPadam
  17. ramai pesakit jiwa, mental disorder.... nyawa sudah jadi barang murahan, barang taruhan :(

    BalasPadam
  18. AlFatihah utk Syafiah...
    mak syafiah nih, matanyer dah dikaburi ngan nafsu..jd sumer x nmpk....mmg ramai salahkan mak dia..kenapa tgglkan anak pd org lain berhari2, kenapa x check lebam anak, x kan la anak x mengadu langsung..mcm pelik jerrr...
    agaknyer, kalo base on news ari nin, mak dia sekalik kot dera arwah...x mustahil nih...

    BalasPadam
  19. mmg sgt kesian, ramai org dah lama kawin tak dapat anak, nie dapat anak dibuar camni, sgt sgt sedih lah kak

    BalasPadam
  20. 3 tahun sebaye mierza tu...mase tgk berite kat tv3, saya terus tarik mierza...ya Allah sebesar ini, memang dia tidak akan berdaya menghalang & mempertahankan dirinya dari diperlakukan ape2pun oleh org dewasa...kasihannye syafia meninggal dunia dalam keadaan yg cukup tragis.

    deritenye dia di dunia...moga menjadi bidadari syurga di sane & aman bahagia bersamaNYA...

    al-fatihah utk arwah syafia humaira...

    BalasPadam
  21. salam catlina..betul tu..haiwan pun tahu sayangkan anak dia kan..teruk tul lah dia ni..


    salam jalilah_jy ...budak remaja skrg byk yang kurang ajar..di jauhkan anak-anak kita berperangai begini.


    salam Billet-DOux ..memang betul apa yang kamu komen..akak setuju.


    salam ita..betul..klu anak kita di gigit nyamuk pun kita ambil ubat..ni kan pulak di tendang dan di terajang..gilerlah mamat ni..sakit mental kot..


    salam q-nizam ..memang betul..binatang pun tahu sayangkan anak..mereka berdua ni memang dah tak ada hati dan perasaan kot..

    salam yatie...sepatutnya masyarakat di situ pun bersalah diatas kejadian ni..mereka yang tak ambil peduli..dan ibu yang tak pandai nak jaga anak cuma pandai beranak.


    salam zaliana...kerabat dia memang bersalah..mereka tak tegur perbuatan anak perempuan yang bersekedudukan dengan jantan (bukan lelaki) dengan alasan tak nak masuk campur ??hai dunia dah bertambah tua..manusia pun ada yang keliru tentang hukum hakam agama.


    salam shiori_LA ..tulajh pasal..taknak masuk campur punyer pasalalah terjadinya tragedi ni..

    salam Azita..tulah pasal..skrg ni bila terbongkar rahsia pun ibu dia masih cuber tarik simpati..geram betul akak dengan dia nilah....


    salam

    BalasPadam
  22. salam ..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. memang perempuan ni poyo bin sengal bin bangang..biar nanti dia terima pembalasan..


    salam fairylily...yerlah kan..arwah ni pun baru 3 tahun..hb msk penjara tahun 2006..pada pendapat akaklah arwah ni bkn anak dgn hb dia kot..tapi entahlah..allah swt maha mengetahui.


    hai love..memang teruk mental perempuan dan lelaki ...biar nanti dia di hukum oleh pihak berkuasa.


    salam ain...biar dia..nanti dia akan terima pembalasan nanti.


    salam ct tiny..tak apa..lagi bagus kamu bagi komen panas camtu..at least pembaca baca.saper yang termakan cili dialah yang terasa pedas.


    salam ct_nurmarlissaa ..memang stupid mereka berdua..geram kan dengan perangai mereka berdua.


    salam ain..betul tu..tau beranak tapi tak tahu nak jaga anak..


    salam tukang cerita..memang sedih bila tenguk gambar arwah sebelum di kebumikan.


    salam maksu...memang skrg ni byk org stresslah...susah nak kata..terlampau banyak tekanan hiduplah sekarang ni..


    salam Jasmeen..al fatihah buat arwah..mungkin betul apa yang kamu komen..kebenaran akan terungkai nanti.


    salam fiza..tak guna betul 2 orang tu..sakit hati tgk perangai dia..al fatihah buat arwah..


    salam liza...tu lah pasal..kalau tak nak anak tu bagi ajerlah kat orang lain..lagi senang.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...