OOO

Sabtu, Mei 22, 2010

Burung Puyuh Madu Pedas Berempah

Dulu akak buat guna ayam...kali ni akak buat dengan burung puyuh pulak..akak ambil resepi dari blog Ummi di Kuantan.
 
Bahan:-
  • 4 ekor burung puyuh-akak potong 4
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 cm halia - tumbuk
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 sudu kecil rempah ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar rempah kari daging/ayam
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • 4 sudu besar minyak

Cara Memasak
  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit, rempah kari dan garam. Goreng kekuningan. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi. Masukkan cili kisar, gaul rata. 
  2. Masukkan serbuk ketumbar dan jintan manis. 
  3. Gaul sebentar dan masukkan ayam. 
  4. Masukkan cuka makan, sos cili, madu, gula dan sedikit garam secukupnya.
  5. Masak sebentar dan gaul rata.
  6. Tutup api.
 Bila tak  habis akak goreng sekejap selepas di cuci...hb suka..anak pulak tak berapa suka..

4 ulasan:

  1. burung puyuh masak lada pon sodap untie!!!

    kat tempat saya ni, memang ada satu restoran masak puyuh lada, sup cendawan!

    memang awesome masakan dia!

    BalasPadam
  2. burung puyuh??hahha tak pernah ase burung puyuh tu..sedap ker??

    BalasPadam
  3. wahhh..dah lama tak makan burung puyuh yang alahai ciput bebenar isinya tu,..hahha..

    kreatif lah kak ina,dah tak habis di goreng pulak..bijak2..dah terliur lagi untuk hari ini selepas masuk blog ini..aiyaa..

    BalasPadam
  4. salam hakim..memang sodap..tapi anak auntie tak berapa suker..nak buat camno..


    salam merduwaty..sedap tau..rugi kamu tak cuber.

    salam sendra..bukan kreatiflah..jangan membazir ..barang makan dah mahal ni..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...