Ingatkan nak settle hari ni...tapi dah bawak anak-anak keluar...petang baru balik...langsung tak jadi nak buat. Insyallah nanti ada masih akak blogwalking ek..lagipun akak tenguk ada jugak yang bagi komen tu ...orang baru. Sabar yer..
Sejak akak dapat panggilan hangit dulukan(kalau nak baca gi ke SINI)..bila dapat call ajer..akak kena berhati-hati...takut terkena lagi.
Semalam ada panggilan melalui hp..no yang tertera 03-xxxxxxxx ..siap sebut nama dan dari mana.
Assalammualaikum...boleh saya bercakap dengan Puan Haslina binti .......Saya Mohd dari Bonuslink.
Oooo saya ..sape ni?
Puan ingat tak bila kali terakhir ...puan gunakan Bonuslink.
Entahlah dah luperlah..dah lama tak pakai..sebab rosak..dah mintak baru tak sampai-sampai..sekarang ni guna anak akak punya ajer.
Bila Puan mohon?
Dari tahun lepas lagi.
Oh yer ker....dulu puan selalu guna kat mana? Kat Shell ataupun Parkson.
Parkson jauh...selalunya Shell , isi minyak.
Puan berminat tak nak dapat points 16,000?
(Dalam hati dah risau...mamat nak pekenakan aku ker)..
Ala banyak tu ker? Taklah banyak sangat..ingatkan dapatlah 100,000..
Mamat tu dah gelak....
Banyak per 16,000 tu..boleh tukar dengan voucher Parkson dan boleh shopping untuk raya.
Banyak per 16,000 tu..boleh tukar dengan voucher Parkson dan boleh shopping untuk raya.
Ehhh sape ni...akak risau ni takut kena tipu.
Saya Mohd dari Bonuslink. Kalau tak percaya akak call balik no ni dan cuba suruh dia orang cari saya.
Tulah pasal...disebabkan penipuan tu, kami dari syarikat yang betul pun terkena tempiasnya. Lain kali jangan bagi maklumat tentang tempat tinggal, no ic, nama dan tel pada orang-orang yang tak berkenaan. Akak pakai kad kredit tak?
Ala..akak tak kerjalah..manalah bank nak bagi pakai kredit card.
Manalah tau..kot-kot suami akak bagi kad supplementary kat akak ker?
Laaa...suami akak kerja gaji tak sampai RM2,000 (akak dah nak tergelak dah)..mana layak nak dapat kad kredit pastu nak bagi akak.
Oooo pekerja am ker?
Ahahhhh...mana cukup gaji camtu kat Kuala Lumpur ni...nak bayar duit rumah..pakai pun kereta buruk.pastu anak semua belajar lagi. Sekarang ni akak bantu hb buat kuih untuk di jual.
Anak akak belajar kat mana?
Bla...bla...seorang sekolah menengah dan seorang lagi sekolah rendah. Banyak pakai duit tau.
Oklah kak...bagilah diaorang pelajaran supaya bila mereka dah berjaya, mereka akan ingat ibubapa mereka. Terima kasih yer kak..
Sama-sama.
Tak modal dia nak pujuk akak nak dapat point dari kad kredit tu kan...Tergelak akak lepas tu..ishhhhh sekarang ni sape yang tertipu? Mungkin dia betul pegawai perhubungan pelanggan bonuslink...dah tugas dia kena call orang cari customer..tapi tak salahkan kalau akak berhati-hati.
sekarang banyak sangat penipu...nak cari duit yang cepat dan mudah..betul tak?beringat sebelum kena.
sekarang banyak sangat penipu...nak cari duit yang cepat dan mudah..betul tak?beringat sebelum kena.

hahahha!! padan muka org tu, last2 dia yang kena balik :)
BalasPadammacam2 kan kalau saya dia call aja, cakap tak berminat bye
BalasPadamHahahamdia ingat akak kita ni kurang bijak ...
BalasPadammcm2 trick,1001 mcm putar alam..esk name mane lagi dia nak petik :|
kadang2 terpaksa layan org2 cmni walaupon tak beminat sbb nk jaga budi bahasa hehehe...
BalasPadamHahahaha...pandai kak ina...dari elok2, dia suka, terus jadi tak sampai hati gitu....hahaha
BalasPadamHahaha sempat pulak tuh berbual2 tnya pasal anak org.. Hahahah!
BalasPadamLove,
PojiePooh Abdullah
Lawaklah kak ina ni. Sampai habis modal orang tu nak kelentong akak. Tapi respect jugaklah ngan dia coz tak terus letak tpon bila akak cakap pasal gaji tuh.
BalasPadambijak bijak k ina!!
BalasPadammacam2 penipuan disini.... dunia sekarang...semua org nak senang
BalasPadamhati2 dengan dunia sekarang...macam2 penipuan ada..kadang2 kita tak sedar yg kita kena tipu...dunia oh dunia..
BalasPadamsalam kak ina.
BalasPadampanggilan hangit kan kak?
dalam minggu ni dah bbrp kali kakchik dpt panggilan dari hong leong dan amassurance. benci betul. dah kita kata taknak tu taknak la kan. dah tu tel kita time maghrib. takleh agak ke masa tu pukul 7 lebih tentu lah kita nak solat kan.
rasanya dia yang kantoi kak.
lupa nak cakap, ni kakchik Keluargaku Sayang, guna akaun satu lagi.
BalasPadamhai kaka datang terjah lagi maaf lama tak terjah blog akak.
BalasPadammemang banyak penipuan yg terjadi sekarang nie macam2 ada
kak,
BalasPadamena pun selalu dapat call mcm tu.. memg malas nak layan wlaupun benda tu betul..sbb takut punye pasal.. :)
bab mengurankan duit poket, mereka ini cukup pandai... :)
BalasPadamhehehehe... abis ilang modal terus dia.. tapi oklah dia cam positif aje.. :)
BalasPadamooo...saya pun dpt call dr bonuslink ni..pd 14/6...tp saya cakap tgh drive..hehe..so dia hang up jelah..
BalasPadamAkakakakaa..lawak plak bilas sue baca n3 akak ni..Tak pa kak..tak salah buat mcm tu..Berhati2 daripada terkena..betul tak...
BalasPadamTapi akak mesti still fobia lg dgn panggilan hangit tu ya..ekekekeke
Wah kak, leh ikut tektik akak ni... ahakss... ye la, sebelum kita tertipu, baiklah kita bersiap sedia kan kak...
BalasPadam