OOO

Selasa, Julai 06, 2010

Masakan yang anak akak suker

  Ira yang nak makan kung pao chicken ni...kesian pulak..kebetulan isi ayam ada stok..jomlah layan masakan yang ringkas tapi best ni.

Bahan-bahan  A
  • 600gm isi ayam-dipotong kecik
  • tepung jagung secukupnya
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sos tiram-ikut keperluan
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit kicap cair
  • sedikit garam
Cara-caranya
  • Perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam  dan serbuk lada hitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
  • Lumurkan dengan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  • Toskan selepas di angkat.
Bahan-bahan B
  •  100gm  kacang gajus -
  •  30gram cili kering - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
  •  2 biji bawang besar holland - potong dadu besar-besar(1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 inci halia - di tumbuk halus
  • 1 biji cili benggala - potong lebar-lebar
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili sos
  •  minyak untuk menumis
  •  garam jika perlu
  • minyak bijan
  • sedikit seasoning maggi
Cara-caranya
  1. Panaskan minyak dan goreng badam...angkat dan toskan.  Goreng pula  cili kering hingga garing dan angkat..toskan.
  2. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
  4. Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam, bawang holland di belah 4, cili benggala, cili kering bersama  kacang gajus  yang telah digoreng. 
  5. Masukkan minyak bijan dan kacau sebati dan perisakan dengan garam jika perlu.
  6. Kacau sebentar dan terus padamkan api.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi....anak akak suker meratah cam tu ajer..

13 ulasan:

  1. Perghhh..sodapnyerr..ingat nak cuba buat mgu ni adahal pulak..nantilah ada masa try..dah meleleh air liuq nie hah..hehe

    BalasPadam
  2. memang best la nampaknya...bila la dapat test rasa masakan kak ina kl kita nie...hmmm...

    BalasPadam
  3. wah, kalau mcm ni lah akak masak, bukan saja anak, jiran tetangga, saya ngan laki saya pun suka... hihihi

    BalasPadam
  4. memang suka ayam tapi yang goreng2

    BalasPadam
  5. Heheheh..sue first time dgr menu ni daln game Cafeworld..ekekekke..
    Simple jer rupanya..tapi mcm sedap ja..musti try nih..

    BalasPadam
  6. lama dah resipi ni masuk list tp tak terbuat buat gak. adoiii!!!!

    BalasPadam
  7. thanks for the recipe kak, liza pun suka kungpao chicken...

    BalasPadam
  8. dah lame nak try...tak terbuat2 lagi hehe(tulah sy asyik dgn cheesecake ,choc cake je!hihi)

    BalasPadam
  9. sodapnya..nak sikit..terliur rasanya

    BalasPadam
  10. laponya kak ..firdaus pun suka benor ngn lauk nie

    BalasPadam
  11. ohhh.. ini namanya kung pao chicken... len kali leh buat..

    BalasPadam
  12. kak ina

    masakan ni gunakan gajus ke badan ye?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...