OOO

Selasa, Julai 20, 2010

Nasi Aswan


 Akak masak nasi sedap (suami yang kata) ikut angin akaklah.  Kalau rajin akak buat seminggu sampai 3 kali.  Kalau virus M banyak..akak tak buat langsung dalam seminggu.  Akak kan punya kuasa veto.  Apa yang akak masak mereka tak boleh bising.  Sebab garenti akak masak memang sedap punyer...(perahsantan)

Yana yang  kata ...sedap nasi ni...mungkin sebab dah lama tak makan masakan mak dia kot. Okeylah kalau dia puji.  Macam biasa resepi ni ambil dari blog member blog.  Susah nak percaya resepi dalam majallah.  Seriklah.  Kali ni akak ambil dari blog Ummi dan resepi asal dari blog Aidah.  Akak masak setengah dari resepi ni.  Tq yer.

NASI ASWAN (Resepi Chef Asmah Laili)
Sumber : Aidah

Bahan-Bahan:
  • 1 kilo beras Basmati (cuci bersih dan rendam selama 10 minit)
  • Air mengikut paras beras 
  • 1 ekor ayam - potong ikut suka 
  • 5 biji bawang besar - potong dadu 
  • 8 ulas bwg putih - dicincang 
  • 2 jari halia muda - dihiris 
  • 10 biji tomato segar - dipotong dadu 
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 10 biji buah pelaga -dipecahkan
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 cm kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk lada putih 
  • 1 cawan minyak conola -akak guna butter+minyak jagung
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar 
  • 1/2 cawan daun pudina 
  • garam secukup rasa
Bahan hiasan untuk ditabur:
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1/2 caw hirisan badam goreng-tak letak tak ada stok
  • 1/2 caw gajus goreng (*akak x letak pun)
 akak makan bersama ayam panggang maghribi
Cara-Cara:-
  1. Dalam periuk (bukan rice cooker), panaskan minyak/butter, tumiskan cengkih, pelaga dan kulit kayu manis hingga naik aromanya.
  2. Masukkan bahan2 dadu dan masaklah selama 5 - 10 minit.3.
  3. Kemudian masukkan ayam, tomato puree, garam, lada putih , daun ketumbar dan daun pudina. (*akak letak daun ketumbar dan daun pudina, selepas ayam betul2 masak)
  4. Gaul rata hingga ayamnya 3/4 masak. (sy tambah sedikit air kerana kuahnya agak pekat).
  5. Keluarkan sosnya dan ketepikan untuk dimasukkan semula dalam nasi nanti.
  6. Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayam hingga empuk.
  7. Tuangkan beras ke dalam periuk eletrik (rice cooker).
  8. Tuangkan air ikut sukatan, masukkan sekali sos yg dikeluarkan tadi dan kacau rata.
  9. Masukkan garam dan tanak nasi sehingga masak.

    p/s..akak masukkan semua ayam bersama rempah dalam nasi..tapi air kena kurangkan sikit tau.  Nak makan baru keluarkan ayam tu.  Anak kata sedap lagi ayam dalam nasi aswan ni dari ayam panggang maghribi. 

16 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    sekarang nak pi sarapan leee

    sebelum teliur

    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  2. nampak....
    nampak....
    nampak



    sangat mengiurkan!

    BalasPadam
  3. ermm....memang kita punya kuasa veto kak tapi kekadang kena komplen gak dgn bebudak yang cerewet nih...nasib baik cik abang tak cerewet sangat apa kita masak semua dia makan hehehe..leh cuba lain kali..nasi aswan....ambik resipi ye kak

    BalasPadam
  4. yela kak..

    saya pnh wt resepi ikut majalah..
    tp bahan x ckup..
    x menjdi la masakan saya tuh~

    BalasPadam
  5. huh , dah lah tak mkn ape ag nih . nyam3 . nak try wat sndri takde dapur kat rumah . hihi .

    BalasPadam
  6. sedapp nyerr...nasib baikk laa i bzzzz....this week...kalau idakkk sure mood masak growww...bigger...huhuhuhuhuhhuhu...

    BalasPadam
  7. ish dah meleleh air liur dah ni

    BalasPadam
  8. Penah cuba resepi kat majalah tapi x complete. Tak suka..tak suka. Sebab tu lebih suka jelajah blog masakan sebab direction dia lebih lengkap dari segala segi. ;p

    Kak...serius nampak sedap. Sampai buntang biji mata ni menengok ayam panggang tu :D

    BalasPadam
  9. uish..nama nasik aswan tuuu pun dah wat ain teruja..nyum nyum..

    BalasPadam
  10. assalamualaikum kk ina..kongsi ya setiap resepi nya tq..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...