OOO

Rabu, Ogos 11, 2010

Ayam Madu Pedas Berempah dan Nasi Hujan Panas


Bukan untuk lauk berbuka puasa tapi akak masak dah lama dah...menu rasanya mungkin akan di ulang pada minggu depan.  Makan dengan nasi hujan panas.

Akak ambil resepi dari blog Puan Ummi.  Pastu goreng papadum..senang kerja..tak yah berkuah.
Bahan:-

  • 6 ketul ayam - sederhana besar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 cm halia - tumbuk
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 sudu kecil rempah ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar rempah kari daging/ayam
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • 4 sudu besar minyak
Cara Memasak:-
  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit, rempah kari dan garam. Goreng kekuningan. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi. Masukkan cili kisar, gaul rata. 
  2. Masukkan serbuk ketumbar dan jintan manis. 
  3. Gaul sebentar dan masukkan ayam. 
  4. Masukkan cuka makan, sos cili, madu, gula dan sedikit garam secukupnya.
  5. Masak sebentar dan gaul rata.
  6. Tutup api.

 
Nasi hujan panas memang senang nak membuatnya.  Tapi kali ni akak campurkan dengan 1/2 cawan susu cair.  Rasa ada lemak sikit.
Bahan-bahan.
  • 4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit
  • 5 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 helai daun pandan-di siat dan di simpul
  • pewarna merah, hijau dan kuning-akak gunakan warna kuning dan merah
Bahan Tumis
  • 1/2 inci halia - hiris halus
  • 2 ulas bawang putih - mayang
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Bahan Hias:- 
  • Bawang goreng
  • Kismis-tak letak sebab for sure di susun keliling pinggan (psl anak-anak tak suka)
Cara Memasak:-

1.  Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. 
2.  Masukkan beras dan gaul rata sebentar. 
3.  Masukkan air, susu cair, kiub ayam, garam dan daun pandan. 
4.  Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. 
5.  Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. 
6.  Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. 
7.  Masukkan kismis dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.

13 ulasan:

  1. Banyak sgt step dia.. Tak rajin la nak buatnya

    BalasPadam
  2. kak ina buat iman tergugat neh...nasi hujan panas memang faveret sy..mula kenal nasi ni kat sarawak tahun 1987, mama selalu beli kat pasar pagi kat sana(masa ni sy darjah satu)..

    last makan, tahun lepas kat PD masa kursus...

    pastu tak jumpe dah...nak buat, tak rajin hehehe

    BalasPadam
  3. bertambah lapar tgk2 gmbr kat sini

    BalasPadam
  4. slalu dgr nasi hujan tapi tak pernah rasa, kena try nie

    BalasPadam
  5. kak ina, ayam tuh. madu dah ada, gula pon kena letak gak ke?

    BalasPadam
  6. kak..bila nak ajak berbuka free kat rumah akak? hehehe..(tak malu punya soalan)..

    BalasPadam
  7. nasi hujan panas ni selalu mak sy masak pada raya ke 3 atau ke 4...tp ayam madu tu mmg nampak mengancam

    BalasPadam
  8. dugaan... dugaan....
    xpe, mas kuat iman untuk menatap ayam madu... huhuhu

    BalasPadam
  9. wah..senang jer resipi nasi hujan panas nie rupenya...Ingat nak try buat hari raya pertama nanti..bergantung dengan mood

    BalasPadam
  10. Opss lupa..nasi ni nak tumis minyak campur dengan mentega @ majerin tak kak ina?

    BalasPadam
  11. Kalu mls x mkn la..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...