OOO

Isnin, September 27, 2010

Open House Rumah Beautifulnara (BN-Bukan Barisan Nasional Yer)

Hari Sabtu akak dapat jemputan  3 open house..jadi taklah masak memasak..
dalam perjalanan ke rumah BN..adalah pulak monyet yang sedang mengerai makanan.
Rumah pertama yang kami terjah ialah rumah beautifulnara

Sapekah   beautifulnara ?  

Beliau ialah seorang blogger yang fofolur.  Mendapat hits yang tinggi.  Salah seorang yang mendapat pendapatan yang best dari Nuffnang.  Trafik beliau berkali-kali ganda dari akak.

Dan beliau salah seorang penaja bersama dalam contest yang akak anjurkan.  Terima kasih yer sudi jadi penaja.
Akak pergi bersama anak sulung dan anak bongsu.  Suami akak kebetulan tak dapat join sebab kerja banyak..kena gi office, my manager ada pulak open house..Ira banyak kerja sekolah..
Kebetulan masa akak sampai ramai pulak awek cun ..member adik beautifulnara..semuanya belajar di pusat pengajian tinggi..seronoklah Russhdi sebab di kelilingi dek perempuan jelita.
 mood Imran oklah pulak bila ajak bergambar dengan beautifulnara

First time akak jumpa beautifulnara..masa Ogawa di Pavilion. masa kat situ akak segan nak bergaul mesra dengan dia yang rancak berborak bersama Redmummy sebab mereka dah  jadi blogger fofolur dan akak baru ajer berjinak dalam dunia blog ini.

Walaupun fofolur beautifulnara, tidak sombong, senang berkawan dengan dia..low profile. Selepas tu kami kerap berjumpa di event Nuffnang dan mengambil gambar bersama.
Siap peluk lagi dengan ibu beautifulnara.

Ibu beliau juga seorang yang peramah dan telah di kurniakan 4 orang cucu.  

Alhamduliah anak-anak beliau berjaya dalam pelajaran dan 3 daripadanya berkesempatan melanjutkan pelajaran ke luar negar bermula dari kakak ke 2  beliau belajar di Jepun,  beautifulnara sendiri ke  Korea dan baru ajer adik lelaki beliau sambung belajar di Manchester  UK dalam bidang farmasi.  

Untuk cerita lanjut gi ke sini
Gambar sebelum balik bersama-sama kakak beautifulnara yang cun walaupun dah berkawin .

Ingat hati nak jadikan dia menantu tapi apakan daya, beliau telah bertunang.  Cun ooo tunang dia..Nak tenguk tak tunang dia..klik sini
Memang sedap masakan ibu dia...ada nasi dagang lauk ikan tongkol dan ayam..akak makan dulu yang ni..ada laksa dan mee/bihun soto.  Lepas tu makan nasi dagang akak makan pulak laksa.

masa tengah makan..nak ambil gambar..boleh terbalik pinggan akak...aiseyman..nasib baik yang tau cuma anak akak dan beautifulnara

Yang ambil gambar pakai baju kebaja hijau tu adik dia..masih kosong kot..bolehlah jadikan calun menantu untuk anak lelaki akak..  beautifulnara  camner ok tak  ........

Terima kasih sekali lagi buat beautifulnara sekeluarga kerna sudi menjemput akak datang ke rumah beliau.  Nanti bila datang masa kenduri kawin taklah sesat...bolehlah akak jadi penunjuk arah kepada tali barut akak.


perhatian buat peserta contest akak..
sila update/edit balik kat N3 anda.  Ada penaja baru. 

7 ulasan:

  1. laksa..oh laksa..tetiba lak rasa mcm laksa tu dekat di bibir Lisa..

    BalasPadam
  2. salam akak lin cayang...
    sedap nengok laksa tu...cam la nih gak nak g makan...tp kat mana ya??? nak wat malas...ahaks...sbb 2 org je yg mkn...

    BalasPadam
  3. kak ina bila nak buat open house..leh g nanti..tu pun kalau diajak..hehee

    BalasPadam
  4. rezeki bulan syawal ni jgn ditolak kan? hehee sonoknya jumpa sesama bloggers

    BalasPadam
  5. salam kak

    bestnya...ooo itu dia wajah BN

    BalasPadam
  6. waahh..sonotnya...meriah tul open house bang nara tur yer

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...