OOO

Khamis, Oktober 21, 2010

Resepi Ayam Rendang Pedas Onyang

Mula-mula buka halaman majalah Saji ni akak rasa pelik gak tenguk nama rendang ni.  Onyang rasanya nenek kot.  Tak  perasan dari negeri mana.  Buat rendang stail ni agak sempoi. Hiris ajer tapi akak kisar semua kecuali daun kunyit dan serai.

Sedap gak buat rendang orang lain ni.  Jomlah buat. 
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12
12 tangkai cili kering-kisar
4 batang serai-titik
20 ulas bawang merah-kisar
8 bii bawang putih-akak tambah
1 inci kunyit hidup-kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
5 helai daun kunyit-dihiris halus
1 keping asam gelugur
1/2 inci lengkuas-kisar
1 kg  pati santan
1/2 inci halia-kisar
1/2 cawan kerisik
garaam dan gsedikit gula

Cara menyediakan
1.  Ayam di bersih dan dimasukkan ke dalam kuali besar.
2.  Masukkan bahan yang telah di kisar. Masukkan juga daun kunyit yang telah dihirs bersama asam gelugur dan pati santan.  Masukkan sedikit air.
3.  Gaulkan semua ramuan tadi sehingga rata dan dimasak diatas api yang sederhana.
4.  Setelah mendidih, masukkan kerisik, garam dan kecilkan api.  Kacau perlahan-lahan sekali sekala sehingga kuah pekat dan naik minyak
5.  Akhir sekali, buangkan asam gelugur dan hidangkan.

Hidangan ini boleh dimakan dengan nasi, lemang atau ketupat

11 ulasan:

  1. amboi...kecur air lio sy kak...lunch nnt nk carik rendang ayam la huhu

    BalasPadam
  2. owh... tak payah tumis dulu yeh!.. masuk je semua sekali.. mrmm.. senang la sikit kan kak.. ;D

    BalasPadam
  3. onyang ni rasanya still dalam dialek jawa lagi kot kak ina..

    lama tak singgah sini.
    baru baik sakit dari operation aritu.

    BalasPadam
  4. owh.. rindunya dgn masakan mak.. huhuhu

    BalasPadam
  5. dpt ayam kampung msk mcm ni kompom tak henggat heheh.. ye tak K'Ina :)

    BalasPadam
  6. tengok pun dah tau sedap. nak try resipi ni bila terasa nak makan rendang.

    anyway onyang tu bukan atas kepada nenek/atok. MOYANG. hehe

    BalasPadam
  7. kak ina..lunch time ni..lapor ni tgok ayam rendang..rasanya mak mertua pernah buat kot..selalu makan dgn nasik impit...tak tau la rasanya resepi neg 9 kot...maafkan sy klu salah

    BalasPadam
  8. Kak ina!!!kan saya dah lapaq tengok gambar ni..aish..ordey boleyh???he he

    BalasPadam
  9. salam kak

    tu la rasenya,nenek kan onyang tu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...