OOO

Khamis, Disember 30, 2010

Catatan Perjalanan ke Pantai Timur-Part 1


Keluar dari rumah awal pagi Sabtu. Terus sarapan pagi kat kedai ajer. Malas nak kotorkan dapur lagi. Dari mula lagi cuaca mendung. Ikut rancangan asal nak ikut jalan Gua Musang. Tapi bila fikirkan jalan kat situ memang licin dek hujan dan ada anak yang tahan jalan pusing-pusing/berliku-liku suami ambil keputusan ikut jalan bertol sampai ke Kuantan.

Dari Kuantan kami terus ikut jalan ke Jabor-Kuala Terengganu. Pertama kali lalu jalan ni. Hermm..teruk tul..banyak jalan yang berlubang-lubang sebab hujan. Memang ada dah member blog bagitau banyak jalan rosak kat sini. Tapi kami ni degil nak gak jalan kat situ.

Nasib baik jalan di siang hari kalau malam..boleh pecah tayar dibuatnya. Kalau jalan elok memang best sebab tak ada trafik light dan tak banyak kereta sangat.
Berhenti rehat di tempat rehat Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Kenalah berhenti sebab dah nak dekat 5 jam enjin kereta tu bekerja. Kena rehat gak kan.

Kat medan selera ni ada macam-macam yang di jual. Akak makan bihun sup campur perut lembu. Ira mee kung foo dan yang lain makan nasi goreng ayam.Rasa..so..so ajerlah. Jadilah untuk mengalas perut yang kosong.
Sampai ke Kuala Terengganu dah pukul 2.00 lebih. Singgah beli keropok lekor kat Losong. Dulu dah pernah sampai dah. Bagi tekak akak sedap keropok kat sini. Beli gak keropok kering takut nanti balik ikut jalan lain. Suami suruh beli ikan masin besar gedebak tu. Akak tak minat pulak.
Berhenti rehat sekejap sambil menikmati keropok lekor. Akak suka makan mentah, tak goreng pun tak apa. Pastu gi pulak cari keropok losong/kosong kat Muzium Negeri. Anak-anak dan suami suka pulak makan keropok kat situ.

Dari Kuala Terengganu gi pulak ke Kota Bharu dan akhirnya sampai gak kat situ dekat pukul 6.00 petang. Fuhhhh memang jauh sungguh kalau ikut jalan Kuala Terengganu. Tak per..suami kata..biar lambat asal selamat, lagipun ada 3 orang pemandu opppss 4 orang termasuk Yana. Tapi kami tak berani suruh Yana pandu kereta. Bahaya..
Sebab tunggu Yana baliklah kita terpaksa tunda rancangan nak bercuti dari mula cuti sekolah. Best dapat jejalan anak beranak.
Bila jejalan kat KB tertarik tenguk tempat makan ni. Kat belakang nak menghala ke pasar malam Kota Bharu. Kat Kuala Lumpur tak ada pula ayam goreng muzdalfa ni. Tapi tak sempat nak rasa termasuklah Restoren Ayam Goreng Radix.
ambil gambar dari google
Kami makan malam kat Hayaki Cafe Kota Bharu bersebelahan dengan Mydin dan Juita's Inn. Harga boleh tahan tapi lupa ambil gambar. Best sebab kat situ ada WIFI. Balik bilik terus pengsan.

21 ulasan:

  1. bukit besi? kampung saye tuh? hahaha

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    kalau pergi ke losong misti pekena keropoknya...sodap...

    Wassalam

    BalasPadam
  3. kopok losong yg kecik tuh memang sedap, selalu lau kwn balik terengganu mesti kirim, sos dia mmg sedappppp

    BalasPadam
  4. bestnya jalan2 dgn family.. klu keropok cik abang munna suka makan klu rebus aje

    BalasPadam
  5. kalo pergi ganu tak rasa kopok losong mmg rugikan.

    BalasPadam
  6. salam kak ina,
    saya suka bau keropok lekor yg mentah2 tu..

    ape rasenye dimakan mentah eh??? x pernah lg saya cuba.. :)

    BalasPadam
  7. rindunya me nak balik kg me--kota bharu, kelate

    BalasPadam
  8. ryna antu kopok..bestnya kopok losong..nyum2..

    BalasPadam
  9. kopok yang kosong lembut tu best

    BalasPadam
  10. berhati-hati di jalan raya
    happy holiday kak ina (^.^)

    BalasPadam
  11. Kepok lekor. Oh oh oh....kesukaan saya tu. Kat Sabah ni, setakat ni hanya jumpa kepok lekor putih je. Sob3...:(

    BalasPadam
  12. kak ina...
    sy suka pi pantai timur sebab boleh shopping baju dan tudung byk2...
    cuma tak larat dok dlm keta je, jauh bangat.....

    BalasPadam
  13. jgn lupa beli tudung murah2 kat wakaf che yeh ya kak

    BalasPadam
  14. wahhh kak ina mai pantai timor...meh la singgah kuantan........

    BalasPadam
  15. fuyohh .. besh nye kak

    BalasPadam
  16. maaf mencelah, kat kawasan mana yang ada jalan pusing2/ berliku2 ?

    BalasPadam
  17. selamat bercuti k ina! jgn lupa shopping kat pantai timur

    BalasPadam
  18. laa nape kak x lalu ikut gua musang? jln jabor tu memang dah teruk melampau sekarang ni..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...