OOO

Jumaat, Disember 17, 2010

Puff Pastry Inti Kentang

 Buatnya dah lama.  Baru terjumpa balik gambar puff pastry ni.  Suka hati lah nak letak inti karipap ataupun inti sardin.  Kat rumah akak memang suka letak inti karipap.  

Ada 2 cara yang kita boleh buat.  Akak letak satu cara akak dan satu lagi cara Ah Mat Gebu

Bahan untuk pastry puff
1 bungkus pastry puff jenama kawan-dah naik hargalah
...dulu RM3.00 lebih ..skrg RM4.00 lebih.(saiz 4x4 inci..kat dalam ada 10 keping).
1 biji kuning telur di bubuh sedikit pewarna kuning telur
 
Cara-cara
1.  Panaskan oven sehingga suhu 200 F. 
2.  Keluarkan kepingan pastry dan letak inti...lipat 2...(suka hati nak lipat  mcm akak buat ataupun nak lipat dua memanjang).
3.  Tekan tepi pastri dengan garpu (tekan kuat sikit..takut terbuka nanti) dan gunakan gunting potong atas pastri tadi.  Lenser loyang/dulang pembakar dengan  sedikit mentega.
4.  Sapukan kuning telur dan setelah siap boleh di bakar dalam masa 20-30 minit atau sehingga pastri kekuningan (bergantung kepada oven masing-masing-akak gunakan api atas bawah).
5.  Memang sedap di buat untuk minum petang atau pun sarapan pagi.
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 10 keping puff pastry jenama "Kawan" saiz 4 x 4 inci
  • Inti karipap
  • 1 kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambik 1 keping puff pastry, kerat 4 bahagian. Ambil 1 bahagian, buat potongan pangkah. Bahagian satu lagi, diletak 3/4 camca teh inti karipap , tutup dengan bahagian yang dipotong dan tekan tepi2nya dengan garfu. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. (yang besar tu tak yah potong..terus lipat dan tekan tepi-tepinya dengan garpu.barulah di potong atas puff tu dengan gunting)
  2. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

12 ulasan:

  1. wow! menggoda!! sedapnyeeee. terus rsa nk mkn karipapppp.

    BalasPadam
  2. wow! menggoda!! sedapnyeeee. terus rsa nk mkn karipapppp.

    BalasPadam
  3. wow! menggoda!! sedapnyeeee. terus rsa nk mkn karipapppp.

    BalasPadam
  4. sedapnya kak ina, izan susah lah nak jumpa puff pastry kawan kat sini...huhu. mengidam dah ni~

    BalasPadam
  5. Samalah Kak..hr ni pn saya meg PUFF gak...btuk kita pn sama je..kebetulan lak yee...http://syarasin.blogspot.com/2010/12/prosperity-puff-pastry.html

    BalasPadam
  6. Ina... anie ni tak pernah buat karipap...hahaha...malas nak buat peli je selalu...

    BalasPadam
  7. Sedap ni makan petang2. Saya selalu beli je. :p

    BalasPadam
  8. adeh,blm sempat ku coba puff pastry dah naik harga

    BalasPadam
  9. siyes nampak sgt sedap...me in drooling mode ni...adess

    BalasPadam
  10. Wah sonang ek kak ina...leh cuba nanti..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...