OOO

Khamis, Disember 16, 2010

Resepi Daging Masak Merah

Buntulah nak masak. Selak-selak jumpa resepi yang pernah akak buat dulu. Daging masak merah ni sepatutnya letak pewarna merah masa merebusnya. Kali ini akak tak buat sebab pewarna merah dah habis.

Resepi ni akak ambil dari blog Puan Ummi.

Bahan:-
300 gm daging lembu -akak guna daging batang pinang
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
2 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah)
4 sudu besar cili kering (dikisar)
sedikit kicap cair
garam secukup rasa
sedikit gula (*ummi tambah ni)
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara Memasak:-
1. Hiris daging lebih kurang 5cm.
2. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan sos tomato dan daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. (*ummi tambah sos cili sikit).
6. Tambahkan sedikit garam dan kicap air.
7. Masak hingga kuah agak pekat barulah dimasukkan hirisan bawang besar.
8. Tutup api dan hidangkan.

10 ulasan:

  1. nasib baik nak buat ayam goreng RFC ni..kalau tak lapar je nengok..hehe

    BalasPadam
  2. oooo...rupanya time rebus daging kena bubu pewarna merah yer...ingat dulu time sy belajar kat uum, kedah daging masak merah di amg warna merah....

    sedapnyer.....*sambil lap ayaq liuq nih*

    BalasPadam
  3. Lapaq tergedik2 tgk resepi akk neh.. =>

    jom singgah blog sy:

    Bertambah 11 orang

    BalasPadam
  4. Kena rekemen ni kat mak, bagi dia try.. boleh rasa gak..hehe

    BalasPadam
  5. Ada je menu special dari Kak Ina ni.. Mesti sedapkan..

    BalasPadam
  6. kak ina..sori tak reply sms kat celcom tu.. :) ralat jugak tak dapat jumpa kak ina..tapi takpe..lain kali insya'ALLAH ada rezeki kita jumpa ye..daging rusa tu abah kata baru je dapat rabu lepas..jumaat dah bawak balik semenanjung..kira masih fresh la kan..abah kata seeloknya basuh bersih..lepas tu baru potong size yang kita nak pakai..terus je masak..tak payah basuh lagi dah..baru manisnya terasa kata abah..harga pun dah mahal kata abah sekarang ni..kalau tak takat rm20 je sekilo..

    BalasPadam
  7. Kena letak pewarna merah ke kak? Patutla kat kedai tengok warna menarik je, merah menyala gitu. Saya tak tau sebab tak penah buat lagi...ngeee :p

    BalasPadam
  8. memang suka sangat ngan daging merah ni

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...