OOO

Ahad, Disember 19, 2010

Resepi Kari Ayam

Bila tenguk balik resepi lama banyak betullah gambar masakan yang hilang. Nak buat camner. Gambar dah di upload terlampau banyak jadi dah cukup limit.
Kalau nak upload lagi dari blogspot kena bayar pulak. Tak kuasa akak nak buang duit.

Jika sesiapa yang nak ambil resepi tu, insyallah jadi punya kalau buat ikut arahan. Jangan takut yer.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam-potong 16
  • 6 ulas bawang merah-tumbuk/kisar
  • 4 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
  • 1/2 biji bawang merah-tumbuk/kisar
  • 1 1/2 inci halia (halia ni lagi lebih lagi bagus..buang angin/hilangkan bau ayam)tumbuk/kisar
  • 5 sudu besar rempah kari daging (akak guna babas)
  • 2 biji ubi kentang -dibelah 4
  • 1 kiub ayam
  • 400gm santan pekat
  • 300ml air-terpulang pada kepekatan yang di kehendaki
  • garam secukupnya
  • sedikit air asam jawa
Bahan untuk menumis
  • 2 tangkai daun kari,
  • 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 bunga lawang, 4 bunga cengkih, 3 biji buah pelaga dan 1 btg kayu manis
  • minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan tumis lagi sehingga layu. Kemudian masukkan rempah daging dan kacau sekejap lalu masukkan 1/2 cawan air dan perlahankan api.
3. Biarkan pes kari masak sehingga terbit minyak sambil dikacau selalu lalu masukkan sedikit garam.
4. Bila kari dah masak baru masukkan ayam dan ubi kentang dan biarkan air ayam (air yang keluar dari ayam) kering.
5. Masukkan santan pekat bersama air dan biarkan sehingga mendidih.
6. Biarkan sampai kentang empuk dan ayam dengan api sederhana.
7. Rasa garam dan masukkan sedikit air asam dan padamkan api.
8. Boleh makan bersama nasi biasa,nasi minyak ataupun roti.

Akak masak kari ayam gunakan kuali baru yang akak beli masa Tefal buat sales bulan lepas. Dari harga RM199.00 turun harga ke RM30.00. Pasal apa turun harga sebab pemegang sebelah tu bengkok.

Akak sambar gak sebab kuali ni kalau guna selalu pun nanti dia rosak gak kan. Jadi ada alasan nak beli baru masa sales akan datang.

Pandai tak akak buat alasan nak beli kuali baru. Jadi ibu-ibu dan isteri-isteri... jom tiru stail akak ni. Biar bergaya di dapur tapi beli barang mahal dan berkualiti tapi murah.

Orang bukan tau pun ada cacat ker idak tefal tu..kalau tanya katalah..terjatuh masa tengah basuh kuali mahal tu.

16 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    bijak bijak
    pilihan yg bijak

    WAssalam

    BalasPadam
  2. nmpk sedap! kalo blog ni leh kuarkan bau, mesti lg best!!!:-)

    BalasPadam
  3. cedapnyer akak....
    nak....pos untuk mira boleh?
    hehehe lame tak datang melawat akak
    kat cini....datang2 je nampak lauk yang sedap....lapar pulak mira rase...
    akak...thanks for sharing ok....
    mira nak ambik la resepi ni...hehe

    BalasPadam
  4. akak.. nmpk sedap!! tetibe je lapar.. huk3~ =.="
    yeahhh~ akak mmg pndai la.. setiap buln dpt kuali baru klu cmni.. hik3~ ^_^

    BalasPadam
  5. kak ina...saya buat lempeng eks, boleh makan dengan kari...ehem ehem..

    BalasPadam
  6. Untung dah tu, dari beratus turun 30 je.. yang rosak pun sikit tu je..

    selalu makana kat kedai je, ayam kari/ayam gulai.. tak best sangat.

    ayam kari dan gulai sama je kan? :)

    BalasPadam
  7. bagus kak

    klo yong pon beli

    murah btoi

    BalasPadam
  8. I just added your blog site to my blogroll, I pray you would give some thought to doing the same.

    BalasPadam
  9. salam kak,

    blogspot ke .com yg ada limit upload gambar tu kak?

    n yg mana kena bayar klu nak upload gambar...

    gambar2 lama hilang sendiri tanpa beri reminder kat kita kak...

    just asking, sbb sy pun suka gak upload gambar kat entri, saiz besar2 gak tu, hehehe...

    BalasPadam
  10. siyes sgt best dpt beli brg murah tu!!
    kari ayam ni nampak sgt sedap :) me sellau gak msk, tp rasa tak sedpa mcm kat kedai..adess

    BalasPadam
  11. eheheh..

    pandai akak.. tapi beza betul kan regenye tu.. :D

    BalasPadam
  12. sedapnye kak..

    akak leh share tak resepi dengan missz.. akak send ke email: missz.garden@yahoo.com

    missz tukar resepi dengan keronsang, nanti akak cek kat sini:

    http://missz84.blogspot.com/2011/04/sumbangan-resepi.html


    missz harap sangat akak sudi bagi sumbangan resepi... share ilmu kak..

    BalasPadam
  13. 6. Biarkan sampai kentang empuk dan burung puyuh lembut dengan api sederhana ????
    baru ja nak tulis resepi, tp tiba2 baca ada burung puyuh pulak.. blur...

    BalasPadam
  14. ha ha dila...terlupa nak edit..leh guna burung puyuh ataupun ayam..burung puyuh tu kan species ayam gak

    BalasPadam
  15. Hehhe... Membongkar rahsia membeli belah di entri...

    Nampak sedap kari nie, nanti nak cuba tapi ganti ayam dengan daging...

    1Blogazine

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...