OOO

Jumaat, Januari 28, 2011

Resepi Nasi Sinar Mentega


Sepatutnya nasi sinar mentega ni warna dia macam nasi hujan panas, oleh sebab tersilap baca kat Majalah Saji bulan November tahun lepas, akak campurkanlah pewarna kuning bersama-sama dengan bahan yang telah di tumis ke dalam beras.

Dahlah lobak merah tu warna oren, kena pulak dengan pewarna kuning makin bertambah berserilah nasi sinar mentega ni. Kalau anak susah nak makan sayur boleh masak nasi ni selalu sebab ada lobak merah yang berkhasiat untuk perkembangan minda kanak-kanak.

Memang sedap tau, rugi kalau tak mencubanya. Cubalah yer nak buat pun bukan susah bebeno pun.

Bahan-bahan
2 ulas bawang merah-dihiris
1 biji bawang merah-dihiris (akak tambah)
1cm halia-di hiris

3 kuntum bunga lawang
1 cm kayu manis
2 biji buah pelaga
3 sudu besar mentega
1 sudu besar stok ayam maggi
1 batang lobak merah - dihiris/di parut
sedikit pewarna kuning
3 cawan beras basmathi (akak guna beras basmathi rebus)
4 1/2 cawan air (jika guna beras biasa, gunakan sukatan macam biasa)
2 helai daun pandan-di siat-siat
air secukupnya
garam secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan mentega hingga cair di dalam kuali/periuk dan tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia sehingga layu.
2. Masukkan pula kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
3. Setelah semuanya layu dan berbau wangi masukkan daun pandan dan masukkan kedalam periuk nasi letrik bersama-sama lobak merah, beras, air, garam dan stok ayam dan gaul rata.
4. Masukkan pewarna kuning dan masak seperti biasa.
5. Bila nasi dah kering kareh dengan menggunakan chopstick (takut beras patah)
6. Sedap di makan bersama-sama ayam masak merah ataupun rendang ayam.

JANGAN LUPA JOIN CONTEST AKAK YER. NAMA PESERTA AKAK LETAK KAT SIDEBAR.

JANGAN LUPA TERJAH http://www.kakinakl.com/2011/01/contest-review-blog-kak-ina-kl-com.html


6 ulasan:

  1. as salam kak, menarik dan sedap nengok nasi akak ni..kalau mkn sure bertambah nasi ni...hehe

    BalasPadam
  2. salam kak,

    seronok dpt mencuba pelbagai resepi kan?

    sebenarnya sy just dpt telan air liur je... kt rmh sy ni, mak mmg masak ari2... tp cara masakan yg sama je... kkdg sy cuba suggest menu2 baru, tp mak sy ckp tak biasalah...

    klu nak harap sy cuba sendiri, jgn haraplah, hehehe... ke nak kena cari wife blogger masak2, tp ada ker? rasanya ramai yg mak2 kan? hehehe...

    BalasPadam
  3. sedapp nampak nasi tu kak ina...tukar ngan nasi arab mas nak tak..he..he..

    BalasPadam
  4. perghhh memang sedap ni ;) kalau kena dgn lauk ayam merah tu--maunya licin sepinggan besar me mkn ni ;)

    BalasPadam
  5. sedap dan menyelerakan..

    kak ina.. dalam hujung minggu depan, kukis ada?

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    cantik berasnya, panjang panjang

    Wassalam

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...