Masa cuti sekolah Ira buat lagi puding caramell ni sebab dia nak makan dan kononnya nak bagi Yana rasa. Kiranya Ira nak eksyenlah kat kakak dia dia dah pandai masak/buat.
Ira pong pang pong kat dapur akak buat derk ajer sebab dia dah reti nak buat.
Bahan-Bahan
Bahan untuk puding
6 biji telur
1 tin susu sejat -guna susu ideal sedap
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
Bahan untuk sos caramel
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air-dalam 2 sudu besar
Cara penyediaan (sos caramel)
Panaskan gula di dalam kuali/periuk hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. Masukkan air (baik-baik..masa ni panas giler..) dan kacau cepat-cepat dan padam api. Tuang ke dalam loyang/ramekin.
Penyediaan puding
1. Pukul telur sehingga kembang.
2. Setelah itu masukkan gula.
3. Kemudian masukkan susu sejat dan air.
4. Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.
5. Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan. Sedia utk dihidangkan..
* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.
Masa keluarkan dari acuan tercacatlah sikit sebab Ira lupa nak bilas loyang dengan air. Tak perlah kan. Puding caramella buatan anak sekolah belum pass lagi.
Nota – Kalau nak nampak tebal sikit kukus dlm loyang bulat 7 inci.
huwaaa..mia suka gile puding ni akk..seyess suka gile3..wuwuuww...bestnye tgk pic pon da nmpak sedap...
BalasPadamsedapnya kak. rasa nak buatlah esok.
BalasPadamcantiknya puding karamel tu...pandai anak akak buat...
BalasPadamyaallah kak.. sedapnya.. saya peminat no.1 caramel ni.. huhu..balik nak suruh mak buatlah.. hehehe
BalasPadamkak tukatr header ..cantik... nak jugak puding tu...
BalasPadammintak sepotong..
BalasPadamhehehe..
mia klau buat xde sapa nak makan sbb fmly xsuka hanyir telur. makan dgn mak je slalu
dapnyer kak...
BalasPadamnk wat tp xdan masa..huhu
uiks dari mak membawak ke anak, sumer pandai masak.. nnt leh jd chef utk kak ina kan kan kan.. hohoho
BalasPadamqaseh slalu buat. bwk ke opis...kwn2 suka mkn tp qaseh xsuka coz ade telur.
BalasPadamp/s : untuk puding yang lebih sedap gunakan susu cair IDEAL.
munna baru je plan nak buat puding ni minggu ni... adik ira dah tunjuk dulu
BalasPadamwah sedapnyer dah lame x buat...insyaallah sehari dua sy akan buatlah dah tergoda ni..
BalasPadamnampak sgt sedap..kalau dpt mkn kak ina punya hasil tgn lagi sedappp hehehe
BalasPadamakak, nk tnya sikit.
BalasPadamsy br belajar wat puding ni. tp sblm ni sy kukus 45min. kalo ikutkan, sukatan sy sblm ni kurang dari yg anak akak wt. mcm mana ye nk th puding tu dh siap masak.
sy bdk baru belajar :)
salam..peacenownhereafter ..
BalasPadaminsyallah kalau ikut step by step resepi dan ikut time ..ok ajer jadinya...sebab anak akak buat dah banyak kali..harap boleh membantu yer.
kalau yg hanyir tu,kenapa yer
BalasPadamnurkema..tu sebab kena buh esen vanilla..untuk kurangkan bau hanyir
BalasPadam