Alamak termisslah pulak cerita Tiramisu di TV3.  Bila tenguk minggu lepas macam bestlah pulak. Nasib baik boleh tenguk balik dalam Tonton TV3. Salah seorang pelakon tiramisu ialah Pierre Andre.  Dalam episod pertama Peirre Andre (Dani Mirza)  masih bersekolah dan sungguh fofolur di sekolah tersebut. Jom baca sinopsis Drama Tiramisu.
‘Tiramisu’  mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat  di zaman  sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre  Andre). Walaupun  Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati  oleh ramai pelajar  perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke  sekolah tersebut tidak  meminati Dani seperti pelajar lain. Ini  membuatkan Dani ingin  mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur  mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya  seorang kaki judi. 
 Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan  Dani telah  menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan.  Terdapat  keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak  memikirkan soal  cinta kerana usia masih muda.
Dani menyimpan cita-cita untuk  menjadi seorang Chef Pastry walaupun  ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo)  mengharapkannya menjadi seorang peguam  yang berjaya. Melur sentiasa  memberi sokongan kepada Dani dan  mencadangkannya supaya memujuk ibunya  dengan membuatkan kek Tiramisu.  Akhirnya, Puan Gai mengalah dan  menyokong cita-cita Dani.
Sebelum Dani menyambung pelajaran ke  London, Dani berjanji sekiranya  mereka masih bujang pada usia 28 tahun,  dia mahu mengahwini Melur.  Melur terharu. Mula-mula, mereka masih  berhubung melalui emel.  Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan  membawa haluan kehidupan  masing-masing.
Beberapa tahun kemudian,  Dani telah kembali ke tanah air sebagai  Chef Pastry terkenal di London.  Dani bercadang untuk membina empayar di  Malaysia. Selain itu, Dani juga  mahu mencari Melur namun kecewa kerana  Melur telah berpindah. Lyana  (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak  zaman persekolahan masih  terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya  Dani akan jatuh cinta dan  mengahwininya suatu hari nanti.
Dani dan Melur pernah berselisih  beberapa kali tetapi tidak pernah  bertembung muka. Suatu hari, Dani  terserempak Melur bersama seorang  budak perempuan, Ayesha (Mia Sara  Nasuha). Dia berasa kecewa kerana  menyangka Melur telah berkahwin.  Sebenarnya, Melur berkorban untuk  keluarganya selepas kakaknya bercerai  dan bekerja di Singapura.
Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga  dan menjaga anak saudaranya,  Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa  Melur masih bujang tetapi  Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus  asa untuk memikat hati  Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki  Melur. Sekali lagi,  Dani memilih untuk mengundur diri.
Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?
Antara pelakun Tiramisu 
Sheila Mambo
Rahim Omar 
Pelakon Drama Tiramisu Yang Lain
Noni Af,Zain Ruffegde,Tania Hudson dan pelakun kanak-kanak yang fofolur sekarang ni Mia Sara Nasuha.
Tiramisu telah pun di tayangkan  pada 27 Disember 2010 di Slot Akasia  setiap Isnin hingga Khamis pukul  7 malam. 
Episod semalam Liyana telah menjawab call dari Melur dan telah mengatakan yang dia akan bertunang dengan Dani tanpa pengetahuan Dani. Melur merasa kecewa dan tidak melayan lagi sebarang panggilan dari Dani.
p/s Bengang gak tenguk episod drama Tiramisu yang lalu...ashik replay ajer..boring..tapi pasal minat..kenalah bersabar.








layan jugak citer nih sbb pelakon dia bersahaja..jln cite pun x berat..
BalasPadamcerita nih kelakar pun ya jgak
BalasPadambest ek citer ni kak ina, harapnya dpt la nengok sekali dua sebab tk sempat nk kejar masa blik dr opis...
BalasPadamciter ni kan yg ada arwah faizal yusof tu berlakon?
BalasPadamhmm...memang best tiramisu ni kak...memang follow dari memula start sebab suka dgn lakonan bersahaja arwah Faizal....semua pelakon pun best...hmmm
BalasPadammmg best pon.suke tgk karakter melur yg bengom2.hahaa....suke wt sore kartoon
BalasPadamsaya dah tak minat nak tgk cerita mcm ni sebab takleh nak follow...mesti ada siri yg miss nanti..tu yg tak start tengok..
BalasPadamciter ni best & tak boring..
BalasPadamtapi watak abang ipar tu dah takde..tsk!
hilang sebutir lagi permata seni..alfatihah buat arwah..
saya tak faham episod semalam. idak ke kedai pastry dah di rasmikan, kenapa lak si Liyana asik diskas pasal konsep! ataupun silap penyuntingan?
BalasPadamsaya pun layan cite ni jugak ;) beshhhh
BalasPadambestnye..
BalasPadamcite hani pun best juga.
best cite ni..meh dload ep 1-11
BalasPadamDownload Tiramisu Slot Akasia TV3
mestilah best.....sepatut artis mcm sharifah amani dan pierre ini dapat best award sebagai pelakon terbaik....berlakon rileks dengan muka bersahaja....sangat spontan...very nice...tidak berlagak.....mereka memang pasangan cun.........setiap lakonan artis dua ini memmangggg paling layaaaannnn.......low profile but very high quality...............
BalasPadam