OOO

Khamis, Mac 03, 2011

Resepi Cucur Maggi

Akak ambil resepi ni kat Majalah Rasa bulan Mac 2011. Ikut resepi asal tak guna tepung gandum pun. Cuma guna tepung jagung. Macam pelik ajer tenguknya langsung akak masukkan tepung gandum. Pastu akak guna ikan bilis tak guna daging kisar.

Suka hatilah kan nak letak apa pun janji boleh makan. Imran sukalah pulak makan cucur maggi ni.

Bahan-bahan
1 paket mi maggi kari
4 biji bawang merah-ditumbuk
2 tangkai daun bawang-hiris halus
sedikit ikan bilis-tumbuk
1 biji telur
2 cawan tepung gandum-agak-agak
2 sudu besar tepung jagung
garam secukupnya
Air suam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak
1. Rebus mi maggi dan toskan.
2. Masukkan ke dalam bekas berisi tepung gandum, tepung jagung bersama ikan bilis, bawang kecil yang telah di tumbuk dan daun bawang.
3. Masukkan perencah maggi, maggi dan masukkan air suam yang bercampur garam dan kacau adunan macam nak buat jemput-jemput.
4. Akhir sekali masukkan telur dan goreng dalam minyak sederhana panas.
5. Sedap di makan bersama lebihan sambal, kari ataupun cili sos.

15 ulasan:

  1. Nanti leh ar terai buat utk anak2

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    makanan rasmi saya kalau tengah malas memasak
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  3. kalau maggi bebudak suka..
    buat cucur lagi la suka kan kak...
    nampak sedapp tu..he.he..

    BalasPadam
  4. kena try la lepas ni, mesti anak2 suka

    BalasPadam
  5. Cucur maggi? Pelik ni, tak pernah cuba. Tapi buat masa sekarang, pantang dulu. Heheheh ;p

    BalasPadam
  6. sedap ni kak, bahan2 pun mudah nak dicari.... kena ler saya terai lepas ni :)

    BalasPadam
  7. rasa laparlah pulak nampak cucur maggi ni akak
    lawak ekonomi

    BalasPadam
  8. mudah dan senang nak buat,
    yang penting kena kreatif macam kak ina ni..:)

    BalasPadam
  9. tgk bermacam2 resipi kat blog kak ina, terliur semcam jer. kita orang lak, asyik2 tukar resipi air tangan. hehehe, malam nie kedai ni, malam esok kedai sana

    BalasPadam
  10. cucur maggi. 1malaysia sunggoh.

    BalasPadam
  11. dah try dah memang sedap.tapi nak tnya 1soalan la kak ina.kenapa perlu letak tepung jagung ye?

    BalasPadam
  12. kak ina..nak tanyer..tepung jagung tue untuk merangup kan cucur tue ker???

    cucur maggi tak pernah buat lagi. tapi cucur makaroni pernah la...

    BalasPadam
  13. unik ni resepi ni..1st time dengar..sblm murtabak meggi..tp ok la tu kan..mudah jer..anytime boleh cuba

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...