OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat cucur maggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat cucur maggi. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 24, 2012

Me and Maggi

Orang kata makan maggi bebanyak tak elok untuk kesihatan..macam-macam cerita yang akak dengar dari dulu hingga sekarang.

Tapi entahlah, walaupun banyak yang bercerita macam-macam, kami memang suka makan MAGGI.  Anak akak kalau masak boleng ajer camtu..tapi kalau akak masak terutama untuk suami mesti bubuh macam-macam sebab hb bising kalau masak camtu ajer.  Siap nak ikan bilis, bawang, sayur dan telur.

Akak dan maggi tak boleh dipisahkan, tapi taklah makan setiap hari dan setiap masa.

Masa kami kecil dulu mak memang ada gak beli maggi, pasal masa tu rasanya tak banyak brand yang lain. Harga pun baru berapa sen tak macam sekarang ni...tapi taklah mahal sangat kan.  Kalau kita orang kelaparan  selalunya tengah malam, mak akan masak MAGGI untuk kami.  

Ala bukan susah sangat nak masak pun  dah tentu ayat cepat di masak sedap dimakan korang selalu dengar kan dalam iklan MAGGI samada di radio ataupun di tv. kalau malas just tuang air panas, pastu tutup.  Memang senang nak buat.
Pakai skarf ajer masa tingkatan 5..2 orang tu adik angkat...
masa zaman akak suka bebeno berangkat-angkat ni.
Teringat dulu masa duk asrama, bekalan MAGGI memang ada dalam locker.  Walaupun tidak dibenarkan mengguna water heater sebab warden takut dorm terbakar padahal takut bil elektrik melambung tinggi.

Kitaorang satu dorm collect duit  beli kongsi pakai satu dorm, kenalah pandai sorok sebab kalau di tangkap memang haru biru dibuatnya.  Tak taulah ada lagi ker idak benda tu zaman sekarang ni.  Kalau sape yang sezaman dengan akak mesti tau camner rupa water heater yang panjang tu kan.

Sape yang kelaparan akan guna alat tu untuk panaskan air dalam bekas pastu masukkan maggi dan serbuknya dan terus tutup bagi kembang.  Kadang-kadang ada gak kawan yang mengecek..kita bagi gaklah..almaklumlah kalau duk asrama kedekut memanglah tak ada geng.
 
 Ira tak pandang kamera...kelaparan gamaknya
Walaupun orang kata macam-macam tapi kami makan gak maggi sekali sekala.  Yana kalau  balik ke India pun bawa bekalan MAGGI gak sebab tekak dah biasa dengan jenama ini..sekali sekala lepas gian.
Semua anak akak hantu MAGGI..tapi taklah makan setiap hari,tu dah kira tahap malas tahap gaban.  Masa ni anak-anak belasah MAGGI di Petronas kat highway..Yana yang nak makan sangat..nak lepas gian katanya.  Imran ambil brand MAMEE

Mungkin ramai yang suka makan MAGGI, tentu ada pengalaman macam akak juga kan

Khamis, Mac 03, 2011

Resepi Cucur Maggi

Akak ambil resepi ni kat Majalah Rasa bulan Mac 2011. Ikut resepi asal tak guna tepung gandum pun. Cuma guna tepung jagung. Macam pelik ajer tenguknya langsung akak masukkan tepung gandum. Pastu akak guna ikan bilis tak guna daging kisar.

Suka hatilah kan nak letak apa pun janji boleh makan. Imran sukalah pulak makan cucur maggi ni.

Bahan-bahan
1 paket mi maggi kari
4 biji bawang merah-ditumbuk
2 tangkai daun bawang-hiris halus
sedikit ikan bilis-tumbuk
1 biji telur
2 cawan tepung gandum-agak-agak
2 sudu besar tepung jagung
garam secukupnya
Air suam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak
1. Rebus mi maggi dan toskan.
2. Masukkan ke dalam bekas berisi tepung gandum, tepung jagung bersama ikan bilis, bawang kecil yang telah di tumbuk dan daun bawang.
3. Masukkan perencah maggi, maggi dan masukkan air suam yang bercampur garam dan kacau adunan macam nak buat jemput-jemput.
4. Akhir sekali masukkan telur dan goreng dalam minyak sederhana panas.
5. Sedap di makan bersama lebihan sambal, kari ataupun cili sos.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...